Thursday, October 10, 2013

I hope im never lost myself




Sejak kebelakangan ini mcm-mcm yang berlaku benar-benar menguji. Rasa seperti hilang arah. satu demi satu masalah. Kadang kala rasa dunia ini kejam. Apa sebenarnya? Setiap perkara ade sebab dan akibat. tapi kenapa semua pada saya. Rasa benar-benar tersepit dan terhimpit.
Ada orang hanya tahu lepaskan diri dan lalui hidup dengan penuh kegembiraan dan kesenangan masalah hanya di lepas kan pada orang lain. Kenapa mesti ade yang penanggung, terlalu besarkah satu kebahagiaan yang perlu dibayar dengan kesukaran, percaya tak ade orang yang hidupnya tidak pernah temui kebahagian. Kala suka jarang sekali selebihnya hanya waktu duka. Bukan siapa tahu. Hanya bahu sendiri yang tahu.

Kadangkala dunia ini rasa sungguh tidak adil. Percaya tak ada anak yang lahir hidupnya, sentiasa di duga dengan ibu bapa yang berantakan, adik beradik yang lebih disayangi dan ade yang di pinggir.
Peringatan! Jika anda seorang ibu, jaga kata pada anak-anak, andai tidak boleh mendoakan yang baik jgan lah di sumpah. Jika ibu seorang manusia, manusia juga lah si anak. cuba bayangkan anak yang sering hidup tersia, nasib kurang baik, malah menanggung kesakitan akibat sumpah ibu.... Bukan kah lebih baik jika anak itu tidak pernah pun wujud di dunia ini.
Syukurlah pada tuhan kerana masih diberi ingat,sedar dan kekuatan, harap ianya kekal sampai mati.

No comments: