hi oulls.. pos kali ini merupakan post pertama bagi kategeri baru di blog ini iaitu
Entertainment.
Sebenarnya sis ni bukan lah yang addict sangat dengan drama korea, tapi
tengok la jugak kalau kena jalan ceritanya. Jika tengok dari awal dah
menarik biasanya sis akan tunggu sampai abis. Bila kata tunggu sampai
abis tak bermakna sis akan mengadap sentiasa sampai lupa dunia, tapi
biasanya akan tonton di internet dari masa-kesemasa ikut kelapangan.
Ini merupakan post sulung bagi
Kdrama iaitu
Arang and the Magistrate.

Sebuah drama komedi romantik, yang mengisahkan tentang seorang anak,
Kim Eun Oh (Lee Jun Ki)
yang sedang mencari ibunya bila didapati telah meninggalkan rumahnya.
Ibu nya perge ke suatu tempat bagi tujuan untuk membalas dendam. Dalam
perjalanan, Eun Oh yang juga merupakan seorang yang di beri kelebihan
boleh melihat roh orang yang sudah mati(hantu). dia telah terserempak
dengan
Arang(Shi Min Ah) hantu yang hilang ingatan dan
tidak mengenali dirinya sendiri. dia meminta bantuan Eun Oh supaya dia
boleh mengigati semula siapa dirinya dan sebab kematiannya.Disamping itu
terdapat watak-watak sampingan lain dalam cerita ni.
Untuk
Menyelesaikan masalah yang di hadapi berbagai insiden yang melucukan dan
tak kurang juga, kisah yang menyayat hati..bagi sis cerita ni santai
dan menghiburkan. Kepada yang belum menonton boleh la menonton di
Maaduu (rangkaian drama-drama korea Online).
Bagaimana
teragak nak tengok cerita ni, semasa surfing kat internet, ade terbaca
bagaimana proses pengambaran sesebuah pengambaran menggunakan kaedah
latarbelakang 3d. Pada drama ini latarbelakang yang di perlukan ialah di
atas langit (heaven)
persediaan di studio
Untuk babak ini hasil nya seperti dibawah
dan yang ini
akan jadi seperti di bawah
Ok
sebenarnya babak ni cuma pada satu episod je. dan selebihnya
berlatarbelakangkan keadaan sebenar, di perkampungan tradisional korea.
Sebuah perkampungan yang dibina Oleh MBC bagi tujuan pengambaran
drama-drama terbitan mereka.Oleh itu jangan lepaskan peluang anda
menonton drama ini.