Pada 22 November 2012 merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Bersempena dengan hari keputeraan Sultan Johor diadakan SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR dan juga PENGISYTIHARAN BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA.
Bendera Muar
Bermacam-macam
acara yang di adakan antaranya Majlis tahlil dan dan Kesyukuran,
Pemeriksaan Baris Kehormat dan Tabik Hormat Diraja, Majlis Pengurniaan
Bintang Kebesaran dan Pingat, Perarakan kereta berhias, Perarakan bot
berhias, pertunjukan bunga api dam maca-macam lagi.DYMM Sultan telah bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pada 5 Februari 2012 di Muar, Bahawa Muar adalah Bandar Diraja. Sambutannya pula diadakan pada 22 November sempana Hari Keputeraan Baginda.
Sebagai mengenang periystiharan Muar sebagai Bandar Diraja Satu mercu tanda dibina di pertengahan round about atau orang muar panggil "padang nyiru" Jalan Sulaiman bersebelahan Wetex prade dan KFC, berupa pintu gerbang berbentuk gading diatasnya terdapat Mahkota. Ia sebagai memperingati pintu gerbang yang pernah dibina pada 1960 iaitu Gerbang Mahkota dimana pemilihan mahkota sebagai memperingati kesultanan johor merupakan kesultanan yang pertama mempunyai mahkota sendiri pada masa itu sekitar 1880an.
Bandar Muar juga lebih dikenali sebagai Bandar Pencen. Jika anda datang ke Bandar Muar, Anda boleh melihat beberapa bangunan kerajaan dan rumah-rumah kedai bercirikan zaman kolonial masih lagi tersergam, Masjid berkembar jika dilihat dari Jambatan Sultan Ismail, diantara seberang sungai terdapat Masjid bandar dan masjid yang satu lagi di Tanjung Agas. Jika diamati ia sungguh unik kerana masjid dibina menggunakan rekabentuk yang sama.
Selain itu juga anda boleh menghirup udara segar dan berekreasi di Tanjung Emas sambil menaiki bot melalui pinggir Selat Melaka.
Welcome to Muar Bandar Maharani Bandar Diraja.
credit to kesultananjohor
No comments:
Post a Comment