Sunday, November 11, 2012

Tutorial : Facial Massage Routin

kali ini sis nak upload sedikit ilmu yang sis rasa berguna untuk semua, Khasnya kaum wanita, yang ingin menjaga kecantikan. Rasanya ramai yang dah tahu facial massage routin, tapi tak pe sis nak juga post untuk petang ahad yang berbahagia ini untuk rujukan sis juga. ok Facial massage routin ni atau urutan pada muka, biasanya di lakukan semasa menyapu krim/losyen muka. Sesuai pada krim siang dan juga krim malam. caranya adalah seperti berikut:
Langkah 1

Sapukan Krim dengan hanya menggunakan hujung jari pada bahagian
  1. pipi (cheeks)
  2. dahi (Forehead)
  3. hidung (Nose)
  4. Dagu (Chin)

Langkah 2
Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda serentak, Urut bahagian muka mengikut turutan:
  1. pada dahi mengikut bulatan sebanyak 2x+1x+1x=4x
  2. 3. & 4. seterusnya sapu pada bahagian mata, hidung dan mulut.

Selepas semua langkah diatas, akhiri dengan urutan pada semua bahagian pipi 'U' dari atas ke bawah.
Langkah 3


  1. sapukan krim dan tekan perlahan dengan jari pada tengah antara kening(eyebrow)
  2. kemudian dengan menggunakan 4 jari tangan, tarik bahagian dahi dari kiri ke kanan dan ulangi pada arah yang bertentangan iaitu kanan ke kiri
  3. dengan menggunakan kedua-dua jari sahaja, tekan pada bahagian hujung bawah mata
  4. kemudian tekan pada sebelah hidung juga menggunakan kedua-dua jari
  5. tekan pada sudut mulut anda, kemudian ulangi 4 dan 5  ( merupakan titik acupuncture dan membantu bertindak secara mendalam kedalam liang dan meningkatkan pengaliran darah ia menolong menjadikan kulit bertambah cerah dan muda)

pada langkah ini akhiri dengan mengurut kedua-dua pipi dan kebawah 'U' 4x. Dengan menggunakan tapak tangan latakkan perlahan mengikut anak panah seperti diatas, sapukan dari atas dan bawah ke bahagian tepi sebanyak 4x.
Langkah 4

  1. Letak tapak tangan pada sebelah bahagian muka, kemudian ratakan krim ke arah garisan rahang dengan tangan yang satu lagi
  2. seperti 1 arah yang bertentangan.
Langkah 5

Akhiri facial massage dengan urutan dari leher ke bahu seperti dia diatas.
facial massage ini juga baik jika diamalkan sekali atau dua kali seminggu bagi menambah penggunaan krim malam dan siang harian. semoga tutorial ini dapat membantu anda pembaca semua.

No comments: