aha ape lah yang sis gi tulis ni... ok untuk post kali ni ialah
mengenai bagaimana sis mengambil makanan tambahan..sejak 2 tahun
kebelakangan ini sis ade mengamalkan beberapa makanan tambahan untuk
tujuan kesihatan, al maklumlah umur makin meningkat, macam-macam masalah
kesihatan timbul, jadi sis mengamalkan
meal shake dan
ESP (
Energizing Soy Protein). Kebiasaannya sis akan minum
meal shake dengan
ESP bersama bancuhan
susu low fat, atau
jus buah-buahan. Mulanya sis hanya menggunakan tumbler dari
tupperware,
tapi agak meleleh, sebab tutup bila lama digunakan sudah tidak ketat
lagi, kemudian, seorang rakan sis telah memberi botol shaker, yang lebih
kukuh penutupnya, memang bagus, tapi masih ade kelemahan kerana,
walaupun telah di goncang berkali-kali, isi
meal shake atau pun
ESP masih ada yang berketul-ketul dan tidak sebati. oleh yang demikian, adik sis telah mencadangkan,
shake N' take setelah dia menggunakannya ketika mengamalkan
herba life.

apepun sis belum cuba lagi, sis akan mencuba blender ini untuk mencuba
ESP dengan jus delima, juga boleh dengan jus yang lain.

sis akan post di masa akan datang setelah menggunakannya.
No comments:
Post a Comment