Sunday, October 21, 2012

Arang and the Magistrate

hi oulls.. pos kali ini merupakan post pertama bagi kategeri baru di blog ini iaitu Entertainment. Sebenarnya sis ni bukan lah yang addict sangat dengan drama korea, tapi tengok la jugak kalau kena jalan ceritanya. Jika tengok dari awal dah menarik biasanya sis akan tunggu sampai abis. Bila kata tunggu sampai abis tak bermakna sis akan mengadap sentiasa sampai lupa dunia, tapi biasanya akan tonton di internet dari masa-kesemasa ikut kelapangan.
Ini merupakan post sulung bagi Kdrama iaitu Arang and the Magistrate.

Sebuah drama komedi romantik, yang mengisahkan tentang seorang anak, Kim Eun Oh (Lee Jun Ki) yang sedang mencari ibunya bila didapati telah meninggalkan rumahnya. Ibu nya perge ke suatu tempat bagi tujuan untuk membalas dendam. Dalam perjalanan,  Eun Oh yang juga merupakan seorang yang di beri kelebihan boleh melihat roh orang yang sudah mati(hantu). dia telah terserempak dengan Arang(Shi Min Ah) hantu yang hilang ingatan dan tidak mengenali dirinya sendiri. dia meminta bantuan Eun Oh supaya dia boleh mengigati semula siapa dirinya dan sebab kematiannya.Disamping itu terdapat watak-watak sampingan lain dalam cerita ni.
Untuk Menyelesaikan masalah yang di hadapi berbagai insiden yang melucukan dan tak kurang juga, kisah yang menyayat hati..bagi sis cerita ni santai dan menghiburkan. Kepada yang belum menonton boleh la menonton di Maaduu (rangkaian drama-drama korea Online).
Bagaimana teragak nak tengok cerita ni, semasa surfing kat internet, ade terbaca bagaimana proses pengambaran sesebuah pengambaran menggunakan kaedah latarbelakang 3d. Pada drama ini latarbelakang yang di perlukan ialah di atas langit (heaven)
persediaan di studio
Untuk babak ini hasil nya seperti dibawah
dan yang ini
akan jadi seperti di bawah
Ok sebenarnya babak ni cuma pada satu episod je. dan selebihnya berlatarbelakangkan keadaan sebenar, di perkampungan tradisional korea. Sebuah perkampungan yang dibina Oleh MBC bagi tujuan pengambaran drama-drama terbitan mereka.Oleh itu jangan lepaskan peluang anda menonton drama ini.

No comments: