Friday, October 11, 2013

Kahwin lambat??


Tengah dok berfesbuk terbaca post ni dari keluaran Sinar Harian, menurut rencana tersebut negara kita yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, kaum wanita muslimnya yang berkahwin purata setiap orang 2 orang anak.

Dikatakan banyak di kalangan belia muslim sekarang menjadikan kekangan kewangan. Selain itu dikatakan juga jika purata 2 orang anak berkurangan maka negara kita menngalami masalah pertumbuhan, anda boleh baca rencana Trend kahwin lambat belia Muslim

Bagi saya banyak sebab kenapa belia memilih berkahwin lambat. Tak salah kalau saya katakan bukan memilih, atau senang kata memang tiada pilihan dan terpaksa kahwin lambat. Disebabkan tuntutan kerjaya, tanggungjawab pada keluarga, iaitu ibubapa dan juga adik beradik. Memang tidak dinafikan kekangan kewangan salah satu se
bab, dan alasan belum jodoh kedengaran agak lemah, tetapi jika kita memahami senario kehidupan sekarang seperti faktor mencari keperluan yang asas dan kemampuan harus di titik beratkan

Selain itu keperluan rohani dan jasmani juga sebenarnya menjadi tuntutan. Selain tempat tinggal, makan, pakai, keperluan seperti pendidikan dan keperluan sampingan yang lain. Bagi yang mementingkan kerjaya, masa hanya dihabiskan dengan bekerja sampai takde masa nak pikir pasal life hah.
Selain itu nasib orng berbeza-beza. Berpendidikan tinggi tetapi tiada pekerjaan, ade pekerjaan tak tetap, atau pekerjaan tidak setaraf dengan pendidikan.Ade yang setaraf spm atau sijil sahaja tapi dapat pekerjaan yang boleh menjamin dan peluang mengembangkan kerjaya..
Selain itu juga beban hutang masa belajar, seterusnya, hutang kenderaan, hutang perumahan dan sebagainya.
Sebenarnya jodoh ni memang perkara misteri dan ia hanya akan berlaku bila sampai waktunya.

No comments: