Saturday, September 28, 2013

Beralih arah..


Pengaturcaraan....


Mula mengenali bidang ini selepas tamat sekolah menengah. Menyambung pengajian ke peringkat diploma dan seterusnya. Bila masuk ke alam pekerjaan semuanya berubah, satu dunia yang lain dari dunia yang diharapkan. Apa pun masih mengharap dunia itu akan sampai satu hari nanti. Tapi.. mungkin tidak dunia itu tidak akan sampai sama sekali. Dunia itu hanya impian semata-mata.
Bersyukur dapat mengenalinya, ibarat ada magis di dalamnya. menjadikan sesuatu itu berfungsi dan boleh digunakan. menjadi kan sesuatu yang tiada kepada ada. alangkah ajaibnya ilmu ini. sehingga ada yang sanggup mengadapnya sepanjang hari, sudah menjadi keperluan pada zaman ini iaitu internet, cukup memudahkan.


Apa pun, ia cuma satu keperluan , dunia pengaturcaraan ibarat berada di dalam makmal eksperiment, melakukan ujian-demi ujian baru tahu keberhasilannya. dan setiap hasil sesuatu yang jadi adalah satu penemuan, jika ianya jadi maka ia satu kepuasan. Bertapa indahnya ilmu tuhan jadikan.
Walaubagaimanapun dunia pengturcaraan hanya memberi kelebihan kepada pengetahuan, tapi bukan kepuasan mengamalkannnya. malah tidak langsung jadi mata pencarian, kesimpulannya bidang pengaturcaraan membuatkan hutang pengajian yang entah bila nak habis di bayar dalam arti kata lain nilai yang mahal yang harus dibayar, dengan hasil yang tak seberapa, berapa ruginya. siapa yang nak disalahkan, Kepimpinan ketika itu, yang menyatakan, pendidikan satu perniagaan dan, dalam urusniaga ini ia antara yang rugi, atau keadaan yang satu masa dulu, MSC, kerajaan elektronik....yang tidak menjadi... atau saya orang yang tidak bernasib baik.



Saya hidup dalam bidang lain...bidang yang boleh dikatakan di warisi (Pertanian) maklumlah orang kampung. walaupun bekerja dengan agensi kerajaan masih menghala bidang yang sama. Dan yang sebenarnya saya tak berminat langsung. Namun ade juga mencuba bidang yang lain tapi masih tidak bernasib baik.
Kini saya melihat ada satu arah yang mungkin boleh menolong saya itupun jika bernasib baik... di harapkan kali ini ia lebih baik dihari-hari mendatang.






No comments: