Thursday, May 10, 2012

Semakin jauh......

setiap kali pulang dari  kerja mcm-mcm yang di fikirkan, masa kini, masa depan, masa pantas ber lalu, yang pasti memang terasa sangat ketinggalannya.
Masa di sekolah, tak sabar nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..bila dah tamat sekolah menengah, sambung pengajian.. diploma, bila dah ade diploma, nak kerja yang pasti nak buat bayar hutang masa belajar, bila dah kerja agak menyedihkan, kerja hanya bertarafkan spm, puas cari kerja yang setaraf, tak sesiapa pun yang memandang...sedih, hidup mesti di teruskan, bila dah kerja juga, tiba-tiba ade tanggungan lain, kereta, rumah (wajib), hutang lagi..takpe sambung belajar lagi (adela rezeki).. ijazah atas dasar di masa akan datang nak dapat pekerjaan yang lebih baik...pendapatan lebih dari sekarang.. hampeh harapan  tinggal harapan..


tamat ijazah ..mencuba nasib, pg interview, takde rezeki, :cry: , masih tak kemana, harapkan belas ehsan dari kerajaan untuk naikkan gaji, cuma kerani takat mana la gaji boleh naik, pejam celik pejam celik, cuba lah juga untuk niaga sikit-sikit, tapi dugaan nya  lain lah pulak, memang mencabar..
bila difikir-fikir entah mana la letak nya diploma dgan ijazah itu, ilmunya tinggi harganya tapi dimana nilai nya????
bila ilmu itu tidak dapat berlandasan di tempatnya... :cry:

No comments: