Tuesday, May 21, 2013

Bersantai di Nail Shop Paris

pada awalnya menonton drama korea moon embracing the sun, lepas tu minat pulak watak woon yang jadi pengawal raja dalam drama tersebut terus jer google, hah ni dia Song Jae Rim, Dikatakan antara model terkenal di sana, Dalam drama ni woon merupakan pengawal raja yang setia dan bergitu memahami, ala-ala hang tuah gitu....hah


Drama ni merupakan drama keduanya, selepas Flower boy ramyum shop beberapa tahun lepas. Untuk tahun ini ia tampil dengan drama baru iaitu Nail Shop Paris.



Dalam drama ini Song Jae rim (Kay) merupakan seorang yang bersikap dingin dan agak panas baran. walaubagaimanapun dia juga seorang yang kreatif.



   
Nail Shop Paris mengenai seorang penulis novel internet (Bunny) yang terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ingin mendekati alex yang bekerja di nail shop paris, dan menjadi sumber inspirasinya untuk menulis novel. Setelah di terima bekerja di nail shop paris terdapan dua orang lagi iaitu, Kay dan Jin. satu hari semasa Jin melawat bunny di rumahnya, Jin terperanjat apa bila mengetahui Bunny Sebenarnya perempuan. Drama ini berunsurkan komedi yang pasti mencuit hati anda. selamat menonton....

No comments: