Sunday, March 31, 2013

Post for March..

islam-love
Memandang kan hari ini hari terakhir bagi bulan mac 2013 inilah yang dapat sis post untuk kali ini. diam tak diam dah nak habis bulan. sis kebelakangan ini agak kurang sihat, tak pasti kenapa, asalnya period lepas tu sakit berlarutan. sis sentiasa berdoa agar dapat sembuh dari sakit ni.
Dalam sakit-sakit sempat juga mengikuti perkembangan semasa. isu pencerobohan di sabah, PRU13, keputusan SPM 2012, Maulidurrasul, brim 2.0 dan sebagainya. Apa pun sebagai orang mukmin kita harus berdoa kepada Allah SWT dan juga berselawat keatas junjungan kita Rasulullah SAW kerana doa itu adalah senjata mukmin. Kita berharap keamanan yang dirasai hari ini berkekalan, selama mana? selagi diizinkan allah. SWT. Sebagai rakyat malaysia harusla bersatu-padu dan saling menghormati antara satu sama lain kerana malaysia adalah negara berbilang kaum yang mampu membuktikan kepada dunia keamanan sejagat dapat dicapai dengan berpandukan rukun negara ini
  1. Kepercayaan Kepada Tuhan,
  2. Kesetiaan Kepada raja dan negara
  3. keluhuran perlembagaan
  4. kedaulatan undang-undang
  5. kesopanan dan kesusilaan.
sama-sama lah berdoa kerana kita juga merupakan umat akhir zaman yang dugaan nya lebih kuat berbanding dari umat-umat terdahulu, semoga kita semua mendapat petunjuk , berkat, rahmat dan keampunan dari allah swt. amin.. DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG.

No comments: