Monday, June 30, 2014
health competition…?
Lama dah tak buat post kat sini. Dalam kesibukan bekerja, yang sememangnya dah tepu dengan keja yang sedia ade. Memang berharaplah nak mencuba sesuatu yang baru. Kalau dapat peluang lain yang lebih baik pun apa salahnya. Bila buat sesuatu kerja tu setiap hari, pasti kita ingin kan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Mana-mana pun kita harapkan yang terbaik. Dalam alam kerjaya ni, macam-macam dugaan dan ujian yang datang, apapun dalam keadaan dunia sekarang yang berkembang pesat, semuanya di rasakan terlalu pantas. Dan ia satu perlumbaan yang sengit.
Ada yang nak jadi Arnab ade yg nak tak nak kena jadi kura-kura….hehe jgn pening k huhu.
kalau ikut kisah arnab dengan kura-kura ha arnab lari laju tapi dia kalah sebab dia berhenti tidur dulu, kura-kura menang sebab dia tak berhenti dan terus berjalan. selain tu arnab dikatakan sombong dengan kura-kura yang banyak bersabar…jadi mana pilihan anda arnab atau kura-kura.
Realitinya…orang sabar tak semestinya berjaya,orang sombong tak semestinya kalah…..sebab biasanya orang sabar akan jadi magsa orang sombong…
bagaimana kalau dalam perlumbaan tiba-tiba ada halangan dan halangan itu sememangnya diadakan untuk anda…..????
halangan yang memastikan anda tidak boleh maju kedepan, sama ada bertahan atau berundur…..????
Hadapi dengan tenang sesungguhnya hanya allah yang tahu. kita merancang tuhan yang tentukan.
Wednesday, April 2, 2014
Jom Shopping…LAZADA
Lama juga dah tak post kat sini. Entah kenapa beberapa minggu yang lepas selepas my sister in law inform untuk beli steamer pertable maka sis try survey kat alam maya maka, sampailah kat LAZADA. haha kebetulan lazada ade pulak promotion untuk 2nd anniversary kalau tak silap sampai 31 mac lepas. Jadi apa lagi ade lah barang lain yang dapat di capai.
Inilah hasilnya steambrush terima kasih Lazada dan Gdex.
Lagi tempat gantung baju. Sekali pasang terus penuh baju. em kalau tambah lagi berapa tingkat tetap penuh juga huhu, juga seperti di bawah. Lagi yang agak mengembirakan ialah bila setelah sekian lama mencari bateri untuk Laptop Compaq presario B1200 akhirnya.
Tak sangka boleh dapat spare part untuk komputer kat lazada. emm baru beberapa bulan lepas nak terminate laptop ni tapi haha sayang pulak. diharapkan boleh beroprasi seperti dulu.
demikianlah bila bershoping di lazada emm. menarik sebenarnya da lagi yang di sauk masa di LAZADA. dan akan di posting kemudian. proses penghantaran sekitar seminggu. alhamdulillah. Semua barang yang dipesan telah selamat sampai. tunggu batch seterusnya.
Tuesday, February 18, 2014
C3520 Coral Pink
Kepada sesiapa yang meminati handphone flip ni memang terhad sekarang kalau nak dibandingkan dahulu. kebanyakannya hanya 2G yang mana hanya menyokong GSM, GPRS dan EDGE. boleh menggunakan microSD sehingga 16GB. Sesuai kepada mereka yang sukakan cara komunikasi yang simple.
Wednesday, January 22, 2014
Bonus bulan ini…
Adoi tak clear la.. takpe la nak tunjuk jugak…hehe. Bonus untuk bulan ini.. ini merupakan kali kedua sis dapat bonus sejak dah jadi ahli shaklee. Alhamdulillah walau pun tak seberapa em mungkin akan datang rezeki akan bertambah.
Ha sebelum ni makan untuk diri sendiri tapi sebab ade permintaan sis akan cuba adekan stok kepada sesiapa yang berminat nak jaga kesihatan.
NurFairy Creation
Ada berita baik untuk mereka yang tinggal di sekitar Bukit Gambir, Gersik, Bukit Serampang, Anda boleh mendapatkan khidmat Buaian Berendoi untuk Potong Jambul, Akikah dan Mini Pelamin untuk Majlis Khatam Quran atau Majlis Bertunang, Anda boleh menghubungi NurFairy Creation.
NurFairy Creation juga menerima tempahan di sekitar Daerah Ledang Dan Muar. Antara Buaian berendoi yang disediakan ialah:
A cradle
English Cradle
Terdapat beberapa pilihan warna untuk anda seperti :
Mini Pelamin
sis dipahamkan untuk promosi pengenalan ini ada disediakan free gift untuk yang terawal. Dapatkan segera..
Newcome ..2014..
Masih belum terlambat untuk wish ke tahun baru 2014. Masa Berlalu pantas sekali. Untuk tuk tahun ini sis akan memulakan arah yang baru demi masa depan, pada mula nya agak kurang yakin tapi kini berharap sangat akan adanya harapan yang baru. Semoga usaha ini diberkati tuhan.
Bukan untuk sis sendiri tapi juga untuk kami sekeluarga diharap menjadi pemangkin kepada kami untuk meneruskan hidup ini. Ya allah iringilah usaha kami ini dengan rahmat dan keberkatan mu... Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)