Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013....

Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan.....bila masa tidak menunggu kita lagi. ada sesetengah mereka merasakan hidup mereka baru bermula. ade yang merasakan mereka telah sampai middle of the line. ade juga emm sudah hampir ke penghujung. bagaimana anda semua.
Masa pantas berlalu yang tinggal adalah masa depan...tiada siapa yang tahu....laluan masa adalah misteri...
Harapan dimasa akan datang membawa sinar cahaya menerangi ku....

Thursday, December 26, 2013

Dulu dan Kini.....




Dulu masa baru sibuk dengan handset touch screen...masa tu sibuk orang pakai Nokia N97 hah ingat lagi tak?  sibuk la pakai telefon tu sekitar tahun 2007 hingga 2010 handphone yang di lengkapi touch screen dan juga keypad qwerty.  dalam masa yang sama sony ericsson juga tidak ketinggalan dengan handset berkonsep yang sama iaitu Xperia X1. Xperia x1 merupakan generasi pertama bagi jenama xperia. masa ni jugalah bermulanya handset pertama yang di keluarkan oleh apple iaitu iphone. apple menggunakan konsep touch screen tanpa keypad dan bermulalah evolusi iphone dan ia merupakan paling berjaya ketika itu dan diikuti oleh samsung jenama galaxy nya yang kini saya kira memang benar-benar membawa keuntungan besar kepada samsung.

Kini boleh dikatakan 90 peratus penggunaan handset sekarang adalah touch screen. hanya sebilangan kecil yang masih mengeluarkan handset berasaskan keypad. seperti nokia dan samsung. jika apple dengan Iphone nya, samsung dengan galaxynya, nokia dengan lumianya , sony pula tentulah dengan xperianya haha. bukan ape saja nak beritau xperia x1 dengan setelah berkhidmat selama 4 tahun akhirnya telah sampai masa di retire dan akan di simpan di musium peribadi saya... untuk pengetahuan ia akan diganti dengan Xperia C.

 Sebenarnya xperia X1 masih boleh digunakan tetapi memandangkan peredaran masa takde lagi rasanya org pakai handset tebal cam tu lagi. sistemnya adalah window 6.5 terkini dah window 8 dan iconnya pun sangatlah kecil. memandangkan menggunakan android lebih mudah, maka telah sampai masa bertukar kepada yang ter kini.