Thursday, October 31, 2013
Sendiri atau berdua lebih baik...
Tak tahu lah orang-orang ni entah ape pandangan dia orang bila pandang permpuan yang sudah agak berumur masih single...pasti macam-macam yang singgah di fikiran mereka. Kadang-kadang tengok cara orang pandang jerk dah boleh agak apa yang ada dalam pikiran mereka. emm.... ingat apa orang single terdesak ke hahaha.
Ade sebab mengapa orang single pilih untuk terus hidup bergitu. Tak Salah jugak kalau dikatakan itu yang Allah tentukan, Orang beranggapan single itu mudah, tidak di bebani oleh tanggungjawab. Oh jangan silap kerana orang single lebih berat tanggungannya. Kenapa? single lah yang tentukan segalanya, pekerjaan, keperluan, keluarga....kenapa keluarga? jika ibu bapa telah berumur, jika adik beradik masih bersekolah, jika ade yang mengangur, anak-anak yang diabaikan, anak-anak kurang bernasib baik, jangan ingat orang single hidupnya lebih mudah.
Jadi jika ada yang hidupnya dilengkapi oleh pemberian tuhan, janganlah berasa sentiasa tak cukup, Janganlah rasa oh bangganya aku ada kau takde. haha itu bongkak namanya.
Sebaliknya bersyukurlah pada Allah tuhan semesta alam atas pemberiannya, jangan memandang rendah pada mereka yang memilih untuk hidup single. Kerana orang single juga ada kelebihannya.
Wednesday, October 23, 2013
Sekolah Sejarah
Truly sis memang bukan di kalangan yang power dalam bab sejarah, em Masa belar dulu pun subjek sejarah boleh dikatakan membosankan. Tah kenapa sejak kebelakangan ini agak berminat nak tahu pasal sejarah, mungkin disebabkan sekarang adanya kisah-kisah tanah air dan negara bangsa yang dipercayai disembunyikan, tapi kini adanya graduan-graduan sejarah yang berani merungkai misteri bangsa dan tanah air sendiri, menjadikan sejarah semakin menarik untuk di dekati, diketahui dan dihayati.
Apalagi sis dah pun mendaftar dan telah pun diterima menjadi ahli dan tempoh belajar selama 3 bulan lebih kira-kira satu semester. Bermula dengan sejarah dunia kemudian sampailah ke sejarah tanah air sendiri..Malaysia..
Memandangkan sis tidak dapat mengelilingi dunia melihat sendiri sejarah peradaban dunia, maka dengan mempelajari sejarah dapat memberikan pengetahuan tentang kisah-kisah terdahulu untuk dijadikan tauladan.
Monday, October 21, 2013
Mencari Arah....
Masih mencari-cari arah. Diharapkan setiap arah yang dicari memberi manfaat. Cuba bayangkan bila semua keadaan titad berpihak kepada kita, bosan.. masalah tak sudah-sudah di harap akan ade masa yang baik untuk semua orang yang telah berusaha sepanjang hidup untuk berusaha..pasti di beri ganjaran satu masa kelak.
diharapkan arah yang lebih baik akan datang dan melengkapi hidup ini, Setiap penat lelah terbayar semua ketentuan darinya.
diharapkan arah yang lebih baik akan datang dan melengkapi hidup ini, Setiap penat lelah terbayar semua ketentuan darinya.
Home sweet home
Nampak nya sis terpaksa mencari tempat kediaman yang baru. maklumlah ibubapa dah takde, rumah tinggalan pasti dah bertuan. Em nak buat camana Hidup mesti diteruskan, kediaman baru mesti dicari, moga-moga kediaman yang baru lebih berkat insyaallah..
Wednesday, October 16, 2013
Krim Muka
Banyak betul krim muka yang terdapat di pasaran, sampai tak tau nak pakai yang mana. Sebelum ini pernah la pakai beberapa jenama, harga pun boleh tahan. ade yang makin tumbuh jerawat, ade yangterus pening kepala. emm... ade yang ok tapi warnanya pulak...macam tepung gomak..masaelah betul.
kiranya memang sis ni jarang la pakai krim muka. pakai bedak kompek je lah. Tah ape mimpi hari ini pg jalan-jalan watson , asalnya nak beli shampoo. beli shampoo lain asalnya sudah nya ambil shampoo yang lain, sebab ade less emm. selain tu teragak jugak nak pakai krim muka bila ternampak krim ni...
Hazeline white & Natural. Maka sis pun beli untuk try and error boleh gitu. memang bila apply kat muka rasa smooth dan tak melekit di tangan. Apa pun tunggu lah dalam masa seminggu ni kalau ikut penerangan pada kotak Wajah Akan bertambah Cerah Secara Perlahan-lahan dan lembut semula jadi. Betul ke? cuba dalam masa seminggu, jika tiada kesan pada kulit, cuba teruskan untuk masa sebulan..
Memandangkan sebelum ini sis tak sesuai pakai krim muka yang bersifat whitening, mulalah jerawat timbul. maka ini satu percubaan untuk produk hazeline. Teringat semasa anak saudara tengah baby dulu, bila muka, kulit badan yang lain merah-merah kena gigit nyamuk, si ibunya akan dok sapu dengan Hazeline Snow, dan hasilnya memang bagus, tapi sis hanya nampak Hazeline lightning cream bukan hazeline snow. takpa dengan harga yang berpatutan cuba lah dulu dan tengoklah kesannya nanti.
Tuesday, October 15, 2013
Aidiladha..
Hari raya Aidiladha. Pada tahun ini sambutan biasa saja. Seperti biasa untuk hari ini masakan tradisi keluarga ini Ketupat, Lodeh, Rendang, Masak Goreng madu. Tahun ini kami menyambut Raya Aidiladha tanpa Ibu bapa. suasananya lain sangat, tapi inilah yang akan kami lalui dimasa-masa akan datang.
Seperti biasa sambutan aidiladha selain mengerjakan ibadat haji, terdapt juga ibadat korban. Macam biasa selepas mengerjakan solat sunat Aidiladha, orang kampung yang juga ahli jemaah masjid akan bersiap untuk menjalankan ibadah korban.
Friday, October 11, 2013
Kahwin lambat??
Tengah dok berfesbuk terbaca post ni dari keluaran Sinar Harian, menurut rencana tersebut negara kita yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, kaum wanita muslimnya yang berkahwin purata setiap orang 2 orang anak.
Dikatakan banyak di kalangan belia muslim sekarang menjadikan kekangan kewangan. Selain itu dikatakan juga jika purata 2 orang anak berkurangan maka negara kita menngalami masalah pertumbuhan, anda boleh baca rencana Trend kahwin lambat belia Muslim
Bagi saya banyak sebab kenapa belia memilih berkahwin lambat. Tak salah kalau saya katakan bukan memilih, atau senang kata memang tiada pilihan dan terpaksa kahwin lambat. Disebabkan tuntutan kerjaya, tanggungjawab pada keluarga, iaitu ibubapa dan juga adik beradik. Memang tidak dinafikan kekangan kewangan salah satu se
bab, dan alasan belum jodoh kedengaran agak lemah, tetapi jika kita memahami senario kehidupan sekarang seperti faktor mencari keperluan yang asas dan kemampuan harus di titik beratkan
Selain itu keperluan rohani dan jasmani juga sebenarnya menjadi tuntutan. Selain tempat tinggal, makan, pakai, keperluan seperti pendidikan dan keperluan sampingan yang lain. Bagi yang mementingkan kerjaya, masa hanya dihabiskan dengan bekerja sampai takde masa nak pikir pasal life hah.
Selain itu nasib orng berbeza-beza. Berpendidikan tinggi tetapi tiada pekerjaan, ade pekerjaan tak tetap, atau pekerjaan tidak setaraf dengan pendidikan.Ade yang setaraf spm atau sijil sahaja tapi dapat pekerjaan yang boleh menjamin dan peluang mengembangkan kerjaya..
Selain itu juga beban hutang masa belajar, seterusnya, hutang kenderaan, hutang perumahan dan sebagainya.
Sebenarnya jodoh ni memang perkara misteri dan ia hanya akan berlaku bila sampai waktunya.
Thursday, October 10, 2013
I hope im never lost myself
Sejak kebelakangan ini mcm-mcm yang berlaku benar-benar menguji. Rasa seperti hilang arah. satu demi satu masalah. Kadang kala rasa dunia ini kejam. Apa sebenarnya? Setiap perkara ade sebab dan akibat. tapi kenapa semua pada saya. Rasa benar-benar tersepit dan terhimpit.
Ada orang hanya tahu lepaskan diri dan lalui hidup dengan penuh kegembiraan dan kesenangan masalah hanya di lepas kan pada orang lain. Kenapa mesti ade yang penanggung, terlalu besarkah satu kebahagiaan yang perlu dibayar dengan kesukaran, percaya tak ade orang yang hidupnya tidak pernah temui kebahagian. Kala suka jarang sekali selebihnya hanya waktu duka. Bukan siapa tahu. Hanya bahu sendiri yang tahu.
Kadangkala dunia ini rasa sungguh tidak adil. Percaya tak ada anak yang lahir hidupnya, sentiasa di duga dengan ibu bapa yang berantakan, adik beradik yang lebih disayangi dan ade yang di pinggir.
Syukurlah pada tuhan kerana masih diberi ingat,sedar dan kekuatan, harap ianya kekal sampai mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)