Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013....

Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan.....bila masa tidak menunggu kita lagi. ada sesetengah mereka merasakan hidup mereka baru bermula. ade yang merasakan mereka telah sampai middle of the line. ade juga emm sudah hampir ke penghujung. bagaimana anda semua.
Masa pantas berlalu yang tinggal adalah masa depan...tiada siapa yang tahu....laluan masa adalah misteri...
Harapan dimasa akan datang membawa sinar cahaya menerangi ku....

Thursday, December 26, 2013

Dulu dan Kini.....




Dulu masa baru sibuk dengan handset touch screen...masa tu sibuk orang pakai Nokia N97 hah ingat lagi tak?  sibuk la pakai telefon tu sekitar tahun 2007 hingga 2010 handphone yang di lengkapi touch screen dan juga keypad qwerty.  dalam masa yang sama sony ericsson juga tidak ketinggalan dengan handset berkonsep yang sama iaitu Xperia X1. Xperia x1 merupakan generasi pertama bagi jenama xperia. masa ni jugalah bermulanya handset pertama yang di keluarkan oleh apple iaitu iphone. apple menggunakan konsep touch screen tanpa keypad dan bermulalah evolusi iphone dan ia merupakan paling berjaya ketika itu dan diikuti oleh samsung jenama galaxy nya yang kini saya kira memang benar-benar membawa keuntungan besar kepada samsung.

Kini boleh dikatakan 90 peratus penggunaan handset sekarang adalah touch screen. hanya sebilangan kecil yang masih mengeluarkan handset berasaskan keypad. seperti nokia dan samsung. jika apple dengan Iphone nya, samsung dengan galaxynya, nokia dengan lumianya , sony pula tentulah dengan xperianya haha. bukan ape saja nak beritau xperia x1 dengan setelah berkhidmat selama 4 tahun akhirnya telah sampai masa di retire dan akan di simpan di musium peribadi saya... untuk pengetahuan ia akan diganti dengan Xperia C.

 Sebenarnya xperia X1 masih boleh digunakan tetapi memandangkan peredaran masa takde lagi rasanya org pakai handset tebal cam tu lagi. sistemnya adalah window 6.5 terkini dah window 8 dan iconnya pun sangatlah kecil. memandangkan menggunakan android lebih mudah, maka telah sampai masa bertukar kepada yang ter kini.

Thursday, October 31, 2013

Sendiri atau berdua lebih baik...



Tak tahu lah orang-orang ni entah ape pandangan dia orang bila pandang permpuan yang sudah agak berumur masih single...pasti macam-macam yang singgah di fikiran mereka. Kadang-kadang tengok cara orang pandang jerk dah boleh agak apa yang ada dalam pikiran mereka. emm.... ingat apa orang single terdesak ke hahaha.
Ade sebab mengapa orang single pilih untuk terus hidup bergitu. Tak Salah jugak kalau dikatakan itu yang Allah tentukan, Orang beranggapan single itu mudah, tidak di bebani oleh tanggungjawab. Oh jangan silap kerana orang single lebih berat tanggungannya. Kenapa? single lah yang tentukan segalanya, pekerjaan, keperluan, keluarga....kenapa keluarga? jika ibu bapa telah berumur, jika adik beradik masih bersekolah, jika ade yang mengangur, anak-anak yang diabaikan, anak-anak kurang bernasib baik, jangan ingat orang single hidupnya lebih mudah.

Jadi jika ada yang hidupnya dilengkapi oleh pemberian tuhan, janganlah berasa sentiasa tak cukup, Janganlah rasa oh bangganya aku ada kau takde. haha itu bongkak namanya.


Sebaliknya bersyukurlah pada Allah tuhan semesta alam atas pemberiannya, jangan memandang rendah pada mereka yang memilih untuk hidup single. Kerana orang single juga ada kelebihannya.

Wednesday, October 23, 2013

Sekolah Sejarah




Truly sis memang bukan di kalangan yang power dalam bab sejarah, em Masa belar dulu pun subjek sejarah boleh dikatakan membosankan. Tah kenapa sejak kebelakangan ini agak berminat nak tahu pasal sejarah, mungkin disebabkan sekarang adanya kisah-kisah tanah air dan negara bangsa yang dipercayai disembunyikan, tapi kini adanya graduan-graduan sejarah yang berani merungkai misteri bangsa dan tanah air sendiri, menjadikan sejarah semakin menarik untuk di dekati, diketahui dan dihayati.

Apalagi sis dah pun mendaftar dan telah pun diterima menjadi ahli dan tempoh belajar selama 3 bulan lebih kira-kira satu semester. Bermula dengan sejarah dunia kemudian sampailah ke sejarah tanah air sendiri..Malaysia..

Memandangkan sis tidak dapat mengelilingi dunia melihat sendiri sejarah peradaban dunia, maka dengan mempelajari sejarah dapat memberikan pengetahuan tentang kisah-kisah terdahulu untuk dijadikan tauladan.


Monday, October 21, 2013

Mencari Arah....

Masih mencari-cari arah. Diharapkan setiap arah yang dicari memberi manfaat. Cuba bayangkan bila semua keadaan titad berpihak kepada kita, bosan.. masalah tak sudah-sudah di harap akan ade masa yang baik untuk semua orang yang telah berusaha sepanjang hidup untuk berusaha..pasti di beri ganjaran satu masa kelak.

diharapkan arah yang lebih baik akan datang dan melengkapi hidup ini, Setiap penat lelah terbayar semua ketentuan darinya.

Home sweet home

Sejak kebelakangan ini hidup ini memang dah banyak berubah sibuk dengan kerja. Menongkah perjalanan selama 45 minit pergi dan pulang rasa dah tak sanggup lagi untuk meneruskan. Tapi apakan daya itulah jalan yang ada untuk mencari rezeki yang perlu dilalui setiap hari.
Nampak nya sis terpaksa mencari tempat kediaman yang baru. maklumlah ibubapa dah takde, rumah tinggalan pasti dah bertuan. Em nak buat camana Hidup mesti diteruskan, kediaman baru mesti dicari, moga-moga kediaman yang baru lebih berkat insyaallah..

Wednesday, October 16, 2013

Krim Muka


Banyak betul krim muka yang terdapat di pasaran, sampai tak tau nak pakai yang mana. Sebelum ini pernah la pakai beberapa jenama, harga pun boleh tahan. ade yang makin tumbuh jerawat, ade yangterus pening kepala. emm... ade yang ok tapi warnanya pulak...macam tepung gomak..masaelah betul.
kiranya memang sis ni jarang la pakai krim muka. pakai bedak kompek je lah. Tah ape mimpi hari ini pg jalan-jalan watson , asalnya nak beli shampoo. beli shampoo lain asalnya sudah nya ambil shampoo yang lain, sebab ade less emm. selain tu teragak jugak nak pakai krim muka bila ternampak krim ni...



Hazeline white & Natural. Maka sis pun beli untuk try and error boleh gitu. memang bila apply kat muka rasa smooth dan tak melekit di tangan. Apa pun tunggu lah dalam masa seminggu ni kalau ikut penerangan pada kotak Wajah Akan bertambah Cerah Secara Perlahan-lahan dan lembut semula jadi. Betul ke? cuba dalam masa seminggu, jika tiada kesan pada kulit, cuba teruskan untuk masa sebulan..
Memandangkan sebelum ini sis tak sesuai pakai krim muka yang bersifat whitening, mulalah jerawat timbul. maka ini satu percubaan untuk produk hazeline. Teringat semasa anak saudara tengah baby dulu, bila muka, kulit badan yang lain merah-merah kena gigit nyamuk, si ibunya akan dok sapu dengan Hazeline Snow, dan hasilnya memang bagus, tapi sis hanya nampak Hazeline lightning cream bukan hazeline snow. takpa dengan harga yang berpatutan cuba lah dulu dan tengoklah kesannya nanti.


Tuesday, October 15, 2013

Aidiladha..




Hari raya Aidiladha. Pada tahun ini sambutan biasa saja. Seperti biasa untuk hari ini masakan tradisi keluarga ini Ketupat, Lodeh, Rendang, Masak Goreng madu. Tahun ini kami menyambut Raya Aidiladha tanpa Ibu bapa. suasananya lain sangat, tapi inilah yang akan kami lalui dimasa-masa akan datang.
Seperti biasa sambutan aidiladha selain mengerjakan ibadat haji, terdapt juga ibadat korban. Macam biasa selepas mengerjakan solat sunat Aidiladha, orang kampung yang juga ahli jemaah masjid akan bersiap untuk menjalankan ibadah korban.

Friday, October 11, 2013

Kahwin lambat??


Tengah dok berfesbuk terbaca post ni dari keluaran Sinar Harian, menurut rencana tersebut negara kita yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, kaum wanita muslimnya yang berkahwin purata setiap orang 2 orang anak.

Dikatakan banyak di kalangan belia muslim sekarang menjadikan kekangan kewangan. Selain itu dikatakan juga jika purata 2 orang anak berkurangan maka negara kita menngalami masalah pertumbuhan, anda boleh baca rencana Trend kahwin lambat belia Muslim

Bagi saya banyak sebab kenapa belia memilih berkahwin lambat. Tak salah kalau saya katakan bukan memilih, atau senang kata memang tiada pilihan dan terpaksa kahwin lambat. Disebabkan tuntutan kerjaya, tanggungjawab pada keluarga, iaitu ibubapa dan juga adik beradik. Memang tidak dinafikan kekangan kewangan salah satu se
bab, dan alasan belum jodoh kedengaran agak lemah, tetapi jika kita memahami senario kehidupan sekarang seperti faktor mencari keperluan yang asas dan kemampuan harus di titik beratkan

Selain itu keperluan rohani dan jasmani juga sebenarnya menjadi tuntutan. Selain tempat tinggal, makan, pakai, keperluan seperti pendidikan dan keperluan sampingan yang lain. Bagi yang mementingkan kerjaya, masa hanya dihabiskan dengan bekerja sampai takde masa nak pikir pasal life hah.
Selain itu nasib orng berbeza-beza. Berpendidikan tinggi tetapi tiada pekerjaan, ade pekerjaan tak tetap, atau pekerjaan tidak setaraf dengan pendidikan.Ade yang setaraf spm atau sijil sahaja tapi dapat pekerjaan yang boleh menjamin dan peluang mengembangkan kerjaya..
Selain itu juga beban hutang masa belajar, seterusnya, hutang kenderaan, hutang perumahan dan sebagainya.
Sebenarnya jodoh ni memang perkara misteri dan ia hanya akan berlaku bila sampai waktunya.

Thursday, October 10, 2013

I hope im never lost myself




Sejak kebelakangan ini mcm-mcm yang berlaku benar-benar menguji. Rasa seperti hilang arah. satu demi satu masalah. Kadang kala rasa dunia ini kejam. Apa sebenarnya? Setiap perkara ade sebab dan akibat. tapi kenapa semua pada saya. Rasa benar-benar tersepit dan terhimpit.
Ada orang hanya tahu lepaskan diri dan lalui hidup dengan penuh kegembiraan dan kesenangan masalah hanya di lepas kan pada orang lain. Kenapa mesti ade yang penanggung, terlalu besarkah satu kebahagiaan yang perlu dibayar dengan kesukaran, percaya tak ade orang yang hidupnya tidak pernah temui kebahagian. Kala suka jarang sekali selebihnya hanya waktu duka. Bukan siapa tahu. Hanya bahu sendiri yang tahu.

Kadangkala dunia ini rasa sungguh tidak adil. Percaya tak ada anak yang lahir hidupnya, sentiasa di duga dengan ibu bapa yang berantakan, adik beradik yang lebih disayangi dan ade yang di pinggir.
Peringatan! Jika anda seorang ibu, jaga kata pada anak-anak, andai tidak boleh mendoakan yang baik jgan lah di sumpah. Jika ibu seorang manusia, manusia juga lah si anak. cuba bayangkan anak yang sering hidup tersia, nasib kurang baik, malah menanggung kesakitan akibat sumpah ibu.... Bukan kah lebih baik jika anak itu tidak pernah pun wujud di dunia ini.
Syukurlah pada tuhan kerana masih diberi ingat,sedar dan kekuatan, harap ianya kekal sampai mati.

Saturday, September 28, 2013

Beralih arah..


Pengaturcaraan....


Mula mengenali bidang ini selepas tamat sekolah menengah. Menyambung pengajian ke peringkat diploma dan seterusnya. Bila masuk ke alam pekerjaan semuanya berubah, satu dunia yang lain dari dunia yang diharapkan. Apa pun masih mengharap dunia itu akan sampai satu hari nanti. Tapi.. mungkin tidak dunia itu tidak akan sampai sama sekali. Dunia itu hanya impian semata-mata.
Bersyukur dapat mengenalinya, ibarat ada magis di dalamnya. menjadikan sesuatu itu berfungsi dan boleh digunakan. menjadi kan sesuatu yang tiada kepada ada. alangkah ajaibnya ilmu ini. sehingga ada yang sanggup mengadapnya sepanjang hari, sudah menjadi keperluan pada zaman ini iaitu internet, cukup memudahkan.


Apa pun, ia cuma satu keperluan , dunia pengaturcaraan ibarat berada di dalam makmal eksperiment, melakukan ujian-demi ujian baru tahu keberhasilannya. dan setiap hasil sesuatu yang jadi adalah satu penemuan, jika ianya jadi maka ia satu kepuasan. Bertapa indahnya ilmu tuhan jadikan.
Walaubagaimanapun dunia pengturcaraan hanya memberi kelebihan kepada pengetahuan, tapi bukan kepuasan mengamalkannnya. malah tidak langsung jadi mata pencarian, kesimpulannya bidang pengaturcaraan membuatkan hutang pengajian yang entah bila nak habis di bayar dalam arti kata lain nilai yang mahal yang harus dibayar, dengan hasil yang tak seberapa, berapa ruginya. siapa yang nak disalahkan, Kepimpinan ketika itu, yang menyatakan, pendidikan satu perniagaan dan, dalam urusniaga ini ia antara yang rugi, atau keadaan yang satu masa dulu, MSC, kerajaan elektronik....yang tidak menjadi... atau saya orang yang tidak bernasib baik.



Saya hidup dalam bidang lain...bidang yang boleh dikatakan di warisi (Pertanian) maklumlah orang kampung. walaupun bekerja dengan agensi kerajaan masih menghala bidang yang sama. Dan yang sebenarnya saya tak berminat langsung. Namun ade juga mencuba bidang yang lain tapi masih tidak bernasib baik.
Kini saya melihat ada satu arah yang mungkin boleh menolong saya itupun jika bernasib baik... di harapkan kali ini ia lebih baik dihari-hari mendatang.






Friday, September 27, 2013

Tension..

hah nape pulak tetiba keluar statement ni .... sebab memang tengah tension. sejak dua menjak ni terpaksa buat-buat bodoh dan, cari pasal biar boleh cakap. emm, hakikatnya sendiri saja yang tahu. Sejak mak bapak dah takde ni...nampak hidup ni makin mencabar. terpaksa menggalas tanggungjawab yang ade kaitan dengan orang lain. emm rasa macam dah tak larat, bosan pun yer. banyak yang ter paksa di abaikan. Rasa macam dah tak kenal diri sendiri.  ntah dah jadi ape entah.
Terus terang dikatakan dalam hidup ni tak semua yang di kehendak boleh dapat. Yang kita tak nak tulah yang kena hadap. lebih sedih lagi jika ianya mendukacitakan apa pun suka ke tak kena lah hadapi. Delima ini lah yang sering menghantui sesiapa.
Bab bekerjaya banyak benda yang di tuntut sebenarnya. Masa, perhatian, kommitmen, ada yang terpaksa di korbankan. bagaimana bila kerjaya menjadi sesuatu yang membosankan. tanggungan juga sesuatu yang membosankan.....dimana kepuasan, dimana keseronokan,
jawapannya  ialah tiada, tiada apa-apa. tiada makna kah hidup ini?...
1.55 am takboleh tidur ..... allah berilah ilham dan pertolongan keatas hambamu ini...amin.

Monday, September 16, 2013

Welcome My New Assistant

Selamat datang new assistant. sebelum ini pembantu saya ialah Preserio B2100, comel 12 inci sahaja tapi dah masuk old season. Masa berubah, sistem bertambah maju dan beban cakera makin bertambah. saya memerlukan pembantu yang baru...


Sebenarnya ada beberapa pilihan, seperti HP, Asus, juga Macbook. Apa yang perlu di ambil kira, ialah , pemproses Core i5, Ruang Harddisk 500GB, screen 14 inci haha, dulu sibuk cari laptop kecik, lepastu mata penat sebab kecik, so balik la pada asal 14. Selain itu ialah Kad Grafik Nvidia GFORCE dengan 2GB Ram.


Ram 4GB, antivirus McAfee Selama 3 tahun nampak nya ok lah tu. yang jadi masalah pulak ialah Windows 8. emmm nampaknya kena belajar lagilah. terus terang saya memang lebih suka desktop yang biasa berbanding antara muka baru windows 8 yang slide seakan android. Sebab bukan guna touch screen pun. antara kelebihan lain ialah ianya lebih senyap berbanding yang sebelumnya.


Ok sebab sebab jenama lain tersingkir ialah:
MacBook-em belum bersedia nak tukar OS dan Apps mungkin satu hari nanti'
Asus- Sis Akuro ade pakai tapi asik rosak jer.
Hp/compaq-cept panas lepas tu jam.....
acer-tiada dalam senarai.
Diharapkan pembantu yang baru ini dapat menjalankan tugasnya dengan baik....


Thursday, September 12, 2013

The Blade and Petal / Sword And Flower



Salam, siri mengisahkan sejarah dynasti Goguryeo, Yeon Gaesomun lebih suka ber perang dengan dinasty Tang , tetapi raja Yeongnyu, lebih mementingkan hubungan diplomasi dan mementingkan kestabilan negara. berlaku pemberontkan yang membawa perebutan kuasa, 
raja Yeongnyu mempunyai dua orang anak puteri So hee dan Hwangwo, manakala Yeon Gaesomun mempunyai anak luar nikah Yun Choong, Tidak lama selepas itu, Choong dan So -hee bertemu di pasaran dan jatuh cinta pada pandangan pertama. tetapi disebabkan perselisihan antara bapa mereka , hubungan mereka menjadi sukar, Drama ini sedang di mainkan di chanel KBS , masa Malam, Hari Rabu dan Khamis.




Antara mimpi dan realiti

Salam Sejahtera.
Apabila sesuatu berlaku dalam hidup, pasti akan buat kita terpikir sebab dan tujuan mengapa ia jadi begitu. setiap orang ada harapan, impian dan cita-cita, tapi tak semua yang diharap, dicita-citakan dan diimpikan itu jadi kenyataan.
Mengimbas kembali masa belajar, selalu impikan waktu-waktu sibuk, masa mengaturcara sesuatu projek perisian bila dah bekerja nanti. Mencipta perisian, sistem maklumat..... wah macam best jer. itulah angan-angannya.
Realitinya, masa-masa sibuk itu memang ada, waktu-waktu tekanan tu juga tak kurang hebatnya..tapi buat banci, buat statistik, proses bantuan sebab harga getah jatuh. lain-lain memikirkan perihal keluarga, perihal kebun, macammana nak jaga adoi............ini lah realitinya........

Merungut, mengungkit, .................................sekadar mengenangkan........................ tak suka jangan baca, buat bodoh je hahahaha

Sunday, August 25, 2013

Istanbul aku datang...


 
hah di bulan syawal kali ini antara cerita yang kerap bermain di kaca tv ialah hah ni dia Istanbul aku datang. em biasa tgk tajuk filemni kat astro tak pernah tgk pun. emm bila young sis akuro san kata nak tengok cita ni. maka ni lah kali pertama sis tengok. em oklah jalan cerita dia, kisah dian yang ke istanbul melawat azad boyfriend, disebabkan azad bimbang dian mengetahui dia ada teman wanita yang lain maka dia pun meminta dian mencari tempat kediaman yg lain sendiri. maka dian pun mencari kediaman lain dan dia sampai kesebuah apartment yang sebenarnya sudah dihuni oleh orang lain. maka bermulalah kisah dian melalui pengalamannya di istanbul...ok nak tahu boleh tengok kat tv...
pelakon utama, Lisa Surihani, Tomok, Beto Khusairy.

Teringin...

salam sejahtera semua, tah kenapa tetiba teragak nak buat post arini. emmm bila teringin nak pergi jalan makan angin. nak tengok negara orang, cari pengalaman. tah bila lah ada rezeki .... antara tempat yang sis teringin nak pegi ialah ke mekah mengerjakan umrah..
Lepastu Teringin nak ke negara beriklim sejuk seperti korea selatan dan london,

bila tengok drama korea macam best je tengok salji, hanbok pakaian tradisional org sana haha, mengarut saja.
yang ni pulak bila selalu menonton movie.. mcm skyfall haha mengarut lagi. Lepas tu nak jugak tengok negara dua benua ni.. em
bila lah nak sampai tempat-tempat cam ni. teringin.....  : P

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Berpuasa, Berbuka Dan Selamat Hari Raya...

Salam Ramadhan... Dah lama tak posting kat sini. ok ... sebelum ni sibuk dengan isu jerebu, malas nak posting sebab tak dapat ambik apa-apa pun gambar. Lepas tu masuk bulan puasa pula. terus terang puasa kali ini sungguh mencabar. tak tau lah nak kata. dugaan demi dugaan. kami  benar-benar rasa kehilangan sebab kedua orang tua memang dah takde. papepun terpaksa lalui hidup sendirian. Bagi yang ade kehidupan keluarga, taklah terasa sangat. kini tinggal lah sis dan adek meneruskan hidup. sebab kan dah biasa hidup dengan mak ayah pasti kali ini situasinya lain.

Wednesday, May 22, 2013

Bella Ammara..telekung warna-warni

ok awal bulan tuhari tah napa, teringin pula bila mata ni melihat telekung-telekung di internet, teragak nak cuba telekung yang ber warna. pada awalnya memang dah tak dapat book warna yang di kehendaki, akhirnya sis pun pilih warna ni....:

meterial agak tebal , maksudnya tidak jarang, dan corak renda yang eksklusif.


Jika ber minat boleh la membuat tempahan di Bella Ammara, Selain Telekung yang terdiri dari beberapa design, terdapat juga shawl, cardigan dan berbagai lagi. jika sesiapa berminat boleh la dapatkan pilihan anda di facebook Bella Ammara

Cuaca Panas...adakah Pemanasan Global?


Cuaca dikala ini memang panas, kalau jemur baju memang cepat panas, hujan sekejap-sekejap. tapi masih panas jugak. Menurut Nasa, melaporkan suhu dunia naik 1 celcius. Bunyi 1 je, tapi dia punya panas tuhan saja yang tahu.
cuaca panas ini juga dikatakan kesan rumah hijau, bila hutan-hutan banyak di tebang dan tidak di tanam semula, manusia rakus mencari keuntungan sedangkan alam sekitar menjadi taruhan. Perubahan cuaca juga dikatakan menyebabkan kecairan di kutub artik dan rantau Siberia. ini juga menyumbang kepada kenaikan paras laut.

Mungkin manusia dah semakin lupa mengingati penciptanya. Lebih mengejar kekayaan dan kesenangan disamping mengejar sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk mereka...insaflah.

New installation....Nuffnung akhir nya berjaya

Akhirnya berjaya jugak install nuffnung kat blog nih. huhu salah faham rupanya, lepas study balik huh dapat jugak pasang. Status dah kembali menjadi Gliteriti


hehe bahagia Betul rasanya, so far earning masih lagi rendah...nak buat camana sis ni agaknya jenis yang sukar nak berkongsi. what ever sis akan cuba kongsi ape yang ter lintas di masa akan datang ... adios

Tuesday, May 21, 2013

Bersantai di Nail Shop Paris

pada awalnya menonton drama korea moon embracing the sun, lepas tu minat pulak watak woon yang jadi pengawal raja dalam drama tersebut terus jer google, hah ni dia Song Jae Rim, Dikatakan antara model terkenal di sana, Dalam drama ni woon merupakan pengawal raja yang setia dan bergitu memahami, ala-ala hang tuah gitu....hah


Drama ni merupakan drama keduanya, selepas Flower boy ramyum shop beberapa tahun lepas. Untuk tahun ini ia tampil dengan drama baru iaitu Nail Shop Paris.



Dalam drama ini Song Jae rim (Kay) merupakan seorang yang bersikap dingin dan agak panas baran. walaubagaimanapun dia juga seorang yang kreatif.



   
Nail Shop Paris mengenai seorang penulis novel internet (Bunny) yang terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ingin mendekati alex yang bekerja di nail shop paris, dan menjadi sumber inspirasinya untuk menulis novel. Setelah di terima bekerja di nail shop paris terdapan dua orang lagi iaitu, Kay dan Jin. satu hari semasa Jin melawat bunny di rumahnya, Jin terperanjat apa bila mengetahui Bunny Sebenarnya perempuan. Drama ini berunsurkan komedi yang pasti mencuit hati anda. selamat menonton....

Bila bosan....

Dah lama jugak tak nulis kat sini. Baru-baru ni dok bukak kat nuffnang tetiba pada tab mynuffnang  status bertukar kepada non-gliteriti, hish nape pulak ni hai.....hot tiket pun dihantar......selepas beberapa hari.........dikatakan blog ni tidak pun memaparkan mana-mana ads nuffnang ,masalahnya kod yang ada tak boleh display kat blog ni, makanya hemm delete jelah domain kat nuffnang tu... ok nanti nak tengok keputusannya

Monday, May 6, 2013

MASA BERLALU, KEADAAN BERUBAH, DIMANAKAH AKU.......

DSC_0037 
masa berlalu, keadaan berubah... apa yang sedang setiap orang lakukan untuk masa ini, masa akan datang. Pilihan, memilih, dipilih, terpilih.....
adakah kita harus membuat pilihan?  adekah pilihan untuk kita? setelah sekian lama melalui hari-hari yang datang berlalu, tak pasti apa yang ada untuk di lalui dimasa-masa akan dtg.
------------
Setelah dua minggu berlalu akhirnya, mandat telah diberi dengan izin allah. Masih diberi peluang untuk memimpin, benarkah atau permulaan bagi sesuatu yg akan membawa kehancuran, kepimpinan berhadapan dgan ujian dan tohmahan. Mungkin kerana terlalu lama dan sudah tidak relevan, atau ade sesuatu yang tidak diketahui (rahsia) yang tersembunyi yang tak siapa pun tahu. Pengorbanan demi pengorbanan sejak zaman berlalu tak siapa memahami. Survival melayu, siapa yang tahu dari mana datang nya, asal usulnya. Hang tuah kata takkan melayu hilang kedunia. Dikatakan ade yang merancang untuk menghapuskan etnik ini. Mampukah? Hanya tuhan saja yang tahu.
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Tuesday, April 2, 2013

Kursus praktis amalan KIK

image
Setelah sekian lama sis tak terpilih untuk pergi berkursus entah kenapa kali ni nama naik la pulak .... kursus takde kena mengena pulak tu. Ape pun atas arahan SYMP (saya yang menurut perintah) pegi je lah. Mesti ramai yang bertanya KIK tu antu ape hah ape nye kumpulan inovatif kreatif hahah inovatif la konon huhu. Ape kejadah nyadi suruh create kumpulan, lepas tu brainstroming, lepas tu cari masalah huhu dah la aku ni jenis yang tak gemar masalah, kena cari masalah hahaha mintak maaf la hantam saja la bro huhuhu.
Antara ilmu yang dapat aku timba setakat ni adalah seperti PDAC, 5S,  dan banyak lagi. Kendian la ulas tu pun kalau teragak huhuhu. Di kala post ini di taip sedang berada di ruang legar RISTEC (tempat kursus) huhu boring aku. Sekian...

Sunday, March 31, 2013

Post for March..

islam-love
Memandang kan hari ini hari terakhir bagi bulan mac 2013 inilah yang dapat sis post untuk kali ini. diam tak diam dah nak habis bulan. sis kebelakangan ini agak kurang sihat, tak pasti kenapa, asalnya period lepas tu sakit berlarutan. sis sentiasa berdoa agar dapat sembuh dari sakit ni.
Dalam sakit-sakit sempat juga mengikuti perkembangan semasa. isu pencerobohan di sabah, PRU13, keputusan SPM 2012, Maulidurrasul, brim 2.0 dan sebagainya. Apa pun sebagai orang mukmin kita harus berdoa kepada Allah SWT dan juga berselawat keatas junjungan kita Rasulullah SAW kerana doa itu adalah senjata mukmin. Kita berharap keamanan yang dirasai hari ini berkekalan, selama mana? selagi diizinkan allah. SWT. Sebagai rakyat malaysia harusla bersatu-padu dan saling menghormati antara satu sama lain kerana malaysia adalah negara berbilang kaum yang mampu membuktikan kepada dunia keamanan sejagat dapat dicapai dengan berpandukan rukun negara ini
  1. Kepercayaan Kepada Tuhan,
  2. Kesetiaan Kepada raja dan negara
  3. keluhuran perlembagaan
  4. kedaulatan undang-undang
  5. kesopanan dan kesusilaan.
sama-sama lah berdoa kerana kita juga merupakan umat akhir zaman yang dugaan nya lebih kuat berbanding dari umat-umat terdahulu, semoga kita semua mendapat petunjuk , berkat, rahmat dan keampunan dari allah swt. amin.. DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG.

Thursday, February 7, 2013

Samsung GALAXY Note 10.1

Jika sebelum ini ade post mengenai wish untuk tahun ini, nampaknya ada sinar yang menerangi, untuk kali ini, Samsung GALAXY Note 10.1 tercapai juga impian untuk memiliki tablet ni. berukuran 10 inci.
note (2)
Untuk spesifikasi boleh lihat kat sini

Apa yang Menarik pada Note 10.1 ialah S Pen features Selain itu juga upgrade kepada android 4.1 jelly bean.
note3
S Pen sangat menarik semasa menggunakan S note, photoshop touch, paper artis dan memotong gambar dari mana-mana aplikasi sama ada web browser atau gallery. memang best untuk yang suka berbloging dan melukis.