Friday, November 30, 2012

Peristiharan Muar Bandar Maharani Bandar Diraja



Pada 22 November 2012 merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Bersempena dengan hari keputeraan Sultan Johor diadakan SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR dan juga PENGISYTIHARAN BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA.




Bendera Muar
Bermacam-macam acara yang di adakan antaranya Majlis tahlil dan dan Kesyukuran, Pemeriksaan Baris Kehormat dan Tabik Hormat Diraja, Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran dan Pingat, Perarakan kereta berhias, Perarakan bot berhias, pertunjukan bunga api dam maca-macam lagi.

DYMM Sultan telah bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pada 5 Februari 2012 di Muar, Bahawa Muar adalah Bandar Diraja. Sambutannya pula diadakan pada 22 November sempana Hari Keputeraan Baginda.

Sebagai mengenang periystiharan Muar sebagai Bandar Diraja Satu mercu tanda dibina di pertengahan round about atau orang muar panggil "padang nyiru" Jalan Sulaiman bersebelahan Wetex prade dan KFC, berupa pintu gerbang berbentuk gading diatasnya terdapat  Mahkota. Ia sebagai memperingati pintu gerbang yang pernah dibina pada 1960 iaitu Gerbang Mahkota dimana pemilihan mahkota sebagai memperingati kesultanan johor merupakan kesultanan yang pertama mempunyai mahkota sendiri pada masa itu sekitar 1880an.


Bandar Muar juga lebih dikenali sebagai Bandar Pencen. Jika anda datang ke Bandar Muar, Anda boleh melihat beberapa bangunan kerajaan dan rumah-rumah kedai bercirikan zaman kolonial masih lagi tersergam, Masjid berkembar jika dilihat dari Jambatan Sultan Ismail, diantara seberang sungai terdapat Masjid bandar dan masjid yang satu lagi di Tanjung Agas. Jika diamati ia sungguh unik kerana masjid dibina menggunakan rekabentuk yang sama.
Selain itu juga anda boleh menghirup udara segar dan berekreasi di Tanjung Emas sambil menaiki bot melalui pinggir Selat Melaka.
Welcome to Muar Bandar Maharani Bandar Diraja.
credit to kesultananjohor

Thursday, November 29, 2012

Adakah hidup untuk disakiti....

Ntah Kenapa sejak dari tadi, aku memang tak boleh terima kata-kata seperti itu, macam aku ni ape? dalam dunia ni macam-macam cara nak majukan diri, kalau betul nak cari ilmu, ia ada di mana-mana aku tak kisah kalau orang tak ajarkan aku selagi procedur kerja ade di samping hasil kerja yang terdahulu ada aku akan cuba, belajar ape yang boleh.

kat pejabat tu tempat aku bekarja memang menyakitkan hati, aku rasa salah satu sebab kenapa aku sakit juga mungkin disebabkan tekanan semasa bekerja, bila di pandang sikit ada yang iri hati, entah la ada orang mcm dah takut-takut nak dekat dengan aku takut apa ntah la, tapi aku memang dah rasa lain, aku berharap dapat keluar dari situasi ini.

Biarpun pergi menghadap ilahi pun tak pe, walaupun aku tak tau amal aku ni cukup ke tak. dari kecik sampai besar aku rasa dunia ni mcm bukan untuk aku....aku tak nafikan nikmat yang allah taala beri, tapi dugaan munyakitkan hati setiap hari ada, aku dah bosan nak lalui nya.

Biar musuh itu datang dari saudara mara sendiri.. inikan cuma kawan ... tuhan pada mu aku berlindung....andai diri ku dikasihani....

Monday, November 26, 2012

Salurkan Bantuan Anda di Gaza

Sekadar memanjangkan maklumat kepada anda yang ingin memberi sumbangan kepada Penduduk Gaza

Kepada Semua bantulah mereka, sumbangan dari semua sangat bermakna untuk mereka...

widget...

Ok lah now nak post pasal widget. ha macam-macam widget ade, anda boleh pilih mana yang anda suka. Widget sudah pasti untuk menghiasi website atau blog anda. ade yang suka widget sampai penuh frontpage macam-macam diaorang deco kat blog, tak kisah yang penting be happy..

antara widget yang biasa digunakan ialah



 















kapada sesiapa yang berminat boleh la mencuba widget ini. Bole klik hyperlink yang di sediakan.

Bila Idea tercantas...

Dalam otak ni kadang-kadang macam-macam yang nak dicurahkan kat blog tapi bila dah duduk depan laptop....adui tiba-tiba hilang... otak kosong ..apalah nak jadi ...

Saturday, November 24, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012 Part 1


Bermula 23 November Hingga 2 Disember 2012 MAHA telah pun bermula. Kepada semua sis galakkan untuk pergi ke pameran ini. Ada bermacam-macam peluang dapat kita lihat di sini, bukan sahaja terhad kepada pertanian tapi bermacam-macam peluang terbuka di sini. Antara Acara-Acara yang diadakan bagi pengunjung melihat ialah:

  • pertunjukan rumah negeri
  • seminar dan bengkel perniagaan
  • Pelancaran dan persembahan produk
  • Teknologi pertanian dan pertandingan inovasi
  • Agro Bazar
  • Demonstrasi di lapangan
  • Aktiviti agro pelancongan
  • promosi produk agro
  • Persembahan kebudayaan
  • Masakan Tradisional dan popular di Malaysia
  • Lain-lain, Kesejahteraan, memancing, Pertunjukan haiwan, program kesihatan, Cabaran Agro dan banyak lagi ...
Turut diadakan
Persidangan Pemindahan Teknologi
(2012 CONFERTECH)
Walk-in-Seminar
Hari Peladang, Penternakan dan  Nelayan
Edible Bird Nest Industry Conference 2012 (EBNIC 2012)
National Seminar on Agro-tourism 2012 (AGROTOUR 2012)




Monday, November 19, 2012

Salam Tahun Baru...


Salam semua...
Diam tak diam dah sampai ke tahun baru bagi kelendar hijrah..Rasanya masih sempat untuk wish kan...bagaimana anda semua bagaimana dengan harapan dan doa anda di tahun lalu ....sejauh mana azam tahun lalu ...dan apa pula azam tahun ini boleh buat bucket list kalau nak..tak nak tak pe.
ape pun untuk tahun ini, apa jua yang mendatang pasti akan di tempuhi tak sape pun boleh lari dari peredaran masa...semoga tahun ini lebih membawa berkat dan lebih baik dari tahun lepas, semoga tahun ini membawa sinar keamanan sejagat di setiap pelusuk bumi mu ya allah ...
Salam Maal Hijrah 1343 H..Harapan menggunung..

Sunday, November 11, 2012

Tutorial : Facial Massage Routin

kali ini sis nak upload sedikit ilmu yang sis rasa berguna untuk semua, Khasnya kaum wanita, yang ingin menjaga kecantikan. Rasanya ramai yang dah tahu facial massage routin, tapi tak pe sis nak juga post untuk petang ahad yang berbahagia ini untuk rujukan sis juga. ok Facial massage routin ni atau urutan pada muka, biasanya di lakukan semasa menyapu krim/losyen muka. Sesuai pada krim siang dan juga krim malam. caranya adalah seperti berikut:
Langkah 1

Sapukan Krim dengan hanya menggunakan hujung jari pada bahagian
  1. pipi (cheeks)
  2. dahi (Forehead)
  3. hidung (Nose)
  4. Dagu (Chin)

Langkah 2
Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda serentak, Urut bahagian muka mengikut turutan:
  1. pada dahi mengikut bulatan sebanyak 2x+1x+1x=4x
  2. 3. & 4. seterusnya sapu pada bahagian mata, hidung dan mulut.

Selepas semua langkah diatas, akhiri dengan urutan pada semua bahagian pipi 'U' dari atas ke bawah.
Langkah 3


  1. sapukan krim dan tekan perlahan dengan jari pada tengah antara kening(eyebrow)
  2. kemudian dengan menggunakan 4 jari tangan, tarik bahagian dahi dari kiri ke kanan dan ulangi pada arah yang bertentangan iaitu kanan ke kiri
  3. dengan menggunakan kedua-dua jari sahaja, tekan pada bahagian hujung bawah mata
  4. kemudian tekan pada sebelah hidung juga menggunakan kedua-dua jari
  5. tekan pada sudut mulut anda, kemudian ulangi 4 dan 5  ( merupakan titik acupuncture dan membantu bertindak secara mendalam kedalam liang dan meningkatkan pengaliran darah ia menolong menjadikan kulit bertambah cerah dan muda)

pada langkah ini akhiri dengan mengurut kedua-dua pipi dan kebawah 'U' 4x. Dengan menggunakan tapak tangan latakkan perlahan mengikut anak panah seperti diatas, sapukan dari atas dan bawah ke bahagian tepi sebanyak 4x.
Langkah 4

  1. Letak tapak tangan pada sebelah bahagian muka, kemudian ratakan krim ke arah garisan rahang dengan tangan yang satu lagi
  2. seperti 1 arah yang bertentangan.
Langkah 5

Akhiri facial massage dengan urutan dari leher ke bahu seperti dia diatas.
facial massage ini juga baik jika diamalkan sekali atau dua kali seminggu bagi menambah penggunaan krim malam dan siang harian. semoga tutorial ini dapat membantu anda pembaca semua.

Thursday, November 8, 2012

Pavlova so lovely.

Sejak melihat beberapa entry di blog lain, terasa gak tekak ni nak melayan Pavlova. Sis pun oder dengan Pn Olyn my ex lecturer yang aktif membakery haha, apalah ayat aku ni, hentam saja la...Lepas beli rasa tak puas hati nak lagi, melampau tul tekak ni. sis pun berbelanja tuk dapatkan bahan-bahan untuk pavlova...seperti Gula, tepung jagung, esen vanilla, lemon dan buah-buahan yang rasanya masam-masam, manis
semalam masa beli sebahagian barang, sis agak confuse dengan whipping cream yang di beli. setelah sampai di rumah, tengok balik resipi hah macam silap je..rupanya whipping cream ade dua jenis, iaitu dairy dan non-dairy, sis terbeli yang dairy, nampak gayanya untuk pavlova terpaksa la beli yang non dairy.

untuk Resepi boleh la dapatkan resepi di blog seperti, Jintan manis, Rima, masam manis dan banyak lagi, google jela, ke check kat blog roll diaorang  rata-rata resipi lebih kurang je, cuma pandai-pandailah anda mempelbagaikannya.
setelah mentelaah dan kerja-kerja memproses pun dilakukan, setelah di mix dan di baking nilah jadinya my lovely povlova...

sesiapa boleh mencuba,sebab buatnya simple je, kalau susah-susah oder je huhu. selamat menjamu selera...

Meal shake, Take N' Shake and ....

aha ape lah yang sis gi tulis ni... ok untuk post kali ni ialah mengenai bagaimana sis mengambil makanan tambahan..sejak 2 tahun kebelakangan ini sis ade mengamalkan beberapa makanan tambahan untuk tujuan kesihatan, al maklumlah umur makin meningkat, macam-macam masalah kesihatan timbul, jadi sis mengamalkan meal shake dan ESP (Energizing Soy Protein). Kebiasaannya sis akan minum meal shake dengan ESP bersama bancuhan susu low fat, atau jus buah-buahan. Mulanya sis hanya menggunakan tumbler dari tupperware, tapi agak meleleh, sebab tutup bila lama digunakan sudah tidak ketat lagi, kemudian, seorang rakan sis telah memberi botol shaker, yang lebih kukuh penutupnya, memang bagus, tapi masih ade kelemahan kerana, walaupun telah di goncang berkali-kali, isi meal shake atau pun ESP masih ada yang berketul-ketul dan tidak sebati. oleh yang demikian, adik sis telah mencadangkan, shake N' take setelah dia menggunakannya ketika mengamalkan herba life.


apepun sis belum cuba lagi, sis akan mencuba blender ini untuk mencuba ESP dengan jus delima, juga boleh dengan jus yang lain.

sis akan post di masa akan datang setelah menggunakannya.

Photoscape

Salam pagi Jumaat, Rasanya ramai yang dah tau photoscape ni, sis cuma nak review sikit je. Sis banyak gunakan photoscape untuk edit gambar yang nak di upload kat blog.


Antara fungsi-fungsi yang di sediakan oleh Photoscape ialah,
Viewer : Untuk paparan imej dari folder

Editor: Menyediakan fungsi manipulasi gambar seperti, saiz semula gambar, kecerahan, penetapan warna, keseimbagan pembetulan cahaya latar, frame, baloon perkataan, tambahan teks, crop, filter dan sebagainya..boleh cuba sendiri..

Page: Menggabungkan pelbagai imej pada page frame.

Combine: Melampirkan gambar photo dalam bentuk vertikal dan horizantal

Animated GIF: Menghasil kan gambar animasi.

 Print: kebolehan mencetak potret, gambar passport dan carte de visites
 Splitter: sekeping photo kepada beberapa keping.
 Screen Capture: capture dari skrin komputer dan boleh di simpan

 Color Picker: Zoom In Image dan pilih warna yang dikehendaki

 Rename: Merubah nama pada fail foto

 Raw Converter: Menukar format Raw kepada Jpeg

 Paper Print: Mencetak Kertas dapam bentuk garis, grid, musik dan kertas kalendar

 Face Search: mencari rupa yang sama di internet

ape yang menarik pada saya ialah semasa menggabungkan gambar terdapat dalam pelbagai cara, susunan dan frame yang pelbagai bentuk. tambahan teks dan filter serta fungsi kecerahan menjadikan gambar lebih menarik.



Monday, November 5, 2012

Bantuan BR1M

Seperti yang telah di umumkan masa belanjawan 2013 tempoh hari, bagi mereka yang telah menerima bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) pada tahun ini akan di panjangkan ke tahun hadapan, bagi ketua isi rumah seperti sebelum ini RM500 dan tambahan untuk rakyat yang berada dalam kategori bujang sumbangan kerajaan RM250..
Kepada yang merasakan anda layak menerima Sumbangan dari kerajaan, boleh la memohon sama ada mengisi borang dan hantarkan by hand atau melalui online.

Red Velvet Brownise


Pada minggu lepas, sis telah pun membuat kek red velvet brownise, hasilnya seperti diatas. kek ni sis bawak 3/4 ke pejabat bagi kawan-kawan rasa. Memang licin, diaorang kata tak cukup hehe.. next time la kalau sis free boleh buat lagi.
what ever, sis masih kurang berpuas hati sebab struktur kek agak lembap dan padat, tak berapa gebu, tak pasti la pulak apa silapnya, atau memang bergitu. resipi sis ambil dari blog http://www.honeywhatscooking.com. Pada blog ni dia ade tunjuk step by step, kepada sesiapa yang ade pengetahuan tentang masak kek ni boleh la share kat sini, saya berharap sangat boleh tambah ilmu.

bila berkesempatan sis akan cuba untuk buat kek ni lagi, lepasni mungkin try buat layer pulak.

Saturday, November 3, 2012

Menyampah!!!!!

Emm kenapa keluar perkataan di atas? sebab akudah menyampah dengan mereka? siapa mereka? adalah tak perlu lah tau..

kadang kala ter pikir kenape ade orang yang semacam itu...nak buat camana kerja tuhan..

walaupun rakan sendiri tapi tak boleh harap didepan lain dibelakang lain...