Tuesday, October 30, 2012

Rainbow color tools for firefox


Seperti firebug, Rainbow color tools juga merupakan, addon bagi web browser firefox. Seronok juga menggunakan tools ni, kita boleh mengenal pasti kod-kod warna yang terdapat pada website yang sedang di layari, hanya dengan menekan icon rainbow pada sebelah kanan firefox

web browser, kotak warna beserta kod warna akan dipaparkan, klik pada warna yang anda pilih apps akan copied warna tersebut.

Selain itu ia juga menyediakan website analyzer untuk mengecam semua warna yang di gunakan pada sesuatu website

pada senarai warna yang di paparkan pada sebelah kanan bawah firefox, anda boleh memilih untuk copy, atau save warna tersebut. Bagi mereka yang gemar mengedit, blog atau laman web masing-masing tools ini amat berguna untuk mengecam kod warna dan seterunsnya anda boleh paste terus kod warna pada kod aturcara yang anda ingini.
selamat mencuba.

Edit BLOG dengan FIREBUG


Firebug Merupakan addon bagi web browser firefox ia digunakan untuk mengubahsuai atau edit code aturcara seperti CSS, HTML dan alamat ayau lokasi bagi imej, elemen dalam blog atau laman web dan sebagainya.

dengan menggunakan fire bug anda boleh mengubah code aturcara dengan mudah, setelah mengaktif kan icon firebug pada web browser firefox, di sebelah kanan,

ruang kod aturcara akan di paparkan hanya klik pada bahagian-bahagian yang hendak di edit seperti side bar, header, post body, background, imej dan sebagainya, kod pada bahagian tersebut akan di paparkan pada firebug.


anda boleh mencuba pada website atau blog. bagi pengguna blogspot dan wordpress anda hendaklah mengedit kod pada ruang editor bagi setiap blog tersebut.

selamat mencuba.

Tuesday, October 23, 2012

Sarapan pagi

Pagi tadi masa round-round lepas cucuk duit sibuk la cari kuih muih untuk buat sarapan, sementara nak tunggu masa pukul 8.00AM (waktu kerja). Nampaknya banyak kedai masa dalam perjalanan ke tempat kerja yang ade jual kuih tapi tak berhenti takut tak sempat, bila dah sampai ke pejabat, cubalah cari sumber kuih yang berdekatan haram.. tak de, yang tak bukak langsung pun, ade yang kuih dah ade tapi penjual nya belum sampai...nampaknya kuciwa la nak makan kuih hari ni emmm.
memandangkan jumaat ini raya haji barangkali ramai yang dah mula bercuti, jalan agak lapang hari ini. mungkin harini tak hujan seperti semalam. pergi dan balik kerja jalan banyak kereta, tapi belum sampai ke tahap jam.
esok orang mungkin dah start nak berbelanja untuk masak raya nanti. ape pun sarap tetap sarap, sarap hari ini sudah nya makan nasi lemak.

Monday, October 22, 2012

Pentingnya air


hi ouls, post kali ini adalah tentang air. tahu tak bertapa pentingnya iar kepada kita? Air merupakan gabungan bagi molekul H ( hidrogen) dan 2O (Oksigen) menjadi H2o iaitu air. Bumi yang kita diami ini diliputi air sebanyak 80%, Betul ke ayat ni.... ah boleh la, jgn skima sangat, bukan masuk peksa pun... ok, air juga merupakan antara unsur paling penting pada badan kita, setiap organ mengandungi kandungan air.
kita digalakkan minum air lapan gelas sehari bagi proses,pengankutan oksigen ke seluruh badan,  perkumuhan, penyerapan zat, penghadaman, penyingkiran toksin dan sebagainya. penting bagi kita untuk memastikan kandungan air kekal dalam badan, jika kekurangan air, boleh menyebabkan, kulit kering, letih, mudah migrain dan mungkin juga kegagalan buah pinggang, ramai yang kurang kan pengambilan air kerana, malas ke tandas selalu, walaubagaimanapun kekerapan pengambilan air dan aktiviti ke tandas sebenarnya memudahkan proses penyingkiran toksin dan juga mengeluarkan lebihan zat pada makanan yang di ambil,semasa makan atau minum yang tidak di perlukan oleh badan. selain itu ia uga membantu mengimbangi elektrolit pada badan.
oleh yang demikian..digalakkan pengambilan air sekital 2 liter sehari anda bagaimana...

Sunday, October 21, 2012

Arang and the Magistrate

hi oulls.. pos kali ini merupakan post pertama bagi kategeri baru di blog ini iaitu Entertainment. Sebenarnya sis ni bukan lah yang addict sangat dengan drama korea, tapi tengok la jugak kalau kena jalan ceritanya. Jika tengok dari awal dah menarik biasanya sis akan tunggu sampai abis. Bila kata tunggu sampai abis tak bermakna sis akan mengadap sentiasa sampai lupa dunia, tapi biasanya akan tonton di internet dari masa-kesemasa ikut kelapangan.
Ini merupakan post sulung bagi Kdrama iaitu Arang and the Magistrate.

Sebuah drama komedi romantik, yang mengisahkan tentang seorang anak, Kim Eun Oh (Lee Jun Ki) yang sedang mencari ibunya bila didapati telah meninggalkan rumahnya. Ibu nya perge ke suatu tempat bagi tujuan untuk membalas dendam. Dalam perjalanan,  Eun Oh yang juga merupakan seorang yang di beri kelebihan boleh melihat roh orang yang sudah mati(hantu). dia telah terserempak dengan Arang(Shi Min Ah) hantu yang hilang ingatan dan tidak mengenali dirinya sendiri. dia meminta bantuan Eun Oh supaya dia boleh mengigati semula siapa dirinya dan sebab kematiannya.Disamping itu terdapat watak-watak sampingan lain dalam cerita ni.
Untuk Menyelesaikan masalah yang di hadapi berbagai insiden yang melucukan dan tak kurang juga, kisah yang menyayat hati..bagi sis cerita ni santai dan menghiburkan. Kepada yang belum menonton boleh la menonton di Maaduu (rangkaian drama-drama korea Online).
Bagaimana teragak nak tengok cerita ni, semasa surfing kat internet, ade terbaca bagaimana proses pengambaran sesebuah pengambaran menggunakan kaedah latarbelakang 3d. Pada drama ini latarbelakang yang di perlukan ialah di atas langit (heaven)
persediaan di studio
Untuk babak ini hasil nya seperti dibawah
dan yang ini
akan jadi seperti di bawah
Ok sebenarnya babak ni cuma pada satu episod je. dan selebihnya berlatarbelakangkan keadaan sebenar, di perkampungan tradisional korea. Sebuah perkampungan yang dibina Oleh MBC bagi tujuan pengambaran drama-drama terbitan mereka.Oleh itu jangan lepaskan peluang anda menonton drama ini.

Thursday, October 18, 2012

Beautiyagie........ korea mariii

ok,  lagi post untuk kali ini ialah Beautiyagie. Antara tempat kegemaran saya membeli-belah. Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba pelbagai produk kosmatik dari korea boleh la singgah di sini.

Pada awalnya sis suka surf kat internet bab-bab grooming ni dan banyak jugalah blog-blog yang ade memberi tips-tips untuk makeup, cara pakai tudung dan review barang-barang kosmatik ni...al maklum lah orang pompuan huhu. oklah pada awalnya sis tersangkut kat blog cek puan sorang ni Yana Liyana's little Space dia ade post beberapa review mengenai kosmetik dari korea, dan juga kosmatik lain dari luar negara. Memandangkan ade beberapa jenama kosmatik yang sis juga ade menggunakannya seperti skin food, jadi sukalah lawat blog dia untuk melihat review-review barang kosmatik dari korea ni.
Pada awal tahun ini pada blog ini juga ada meng umumkan beliau akan membuka urusniaga online di facebook iaitu beautiyagie dan sis pun antara yang like juga lah. Terdapat beberapa produk yang popular dari korea ade di jual disini. Antara produk tersebut ialah NATURE REPUBLIC, ETUDE HOUSE, HOLIKA HOLIKA, Innisfree, TONY MOLY, SKIN FOOD, MISSHA dan banyak lagi..
Dibawah ini antara produk-produk yang berjaya sis beli dari beautyagie






dan dibawah ini sample-sample yang diberi....
 
Jangka masa penghantaran adalah dalam masa dua minggu dari tarikh pembayaran, kira ok lah sebab bukan ready stok kan. Dari segi harga sis rasa lebih murah kalau nak di banding kan pergi sendiri ke outlet yang hanya ada di bandar- bandar besar, sebab sis tinggal di sebuah pekan yang kecil haha.. dan barang dihantar terus ke alamat rumah maknanya barang sampai terus depan pintu haha tu yang best tu. selain tu juga produk-produk terkini yang belum sampai lagi kat malaysia ni kita dah boleh cuba guna selain beli produk tersebut kita juga di beri sample ha... menarik kan jadi kepada yang berminat apa tunggu lagi .... boleh la mencuba membeli-belah disini.

Wednesday, October 17, 2012

DaOwnPage berwajah baru..

malam-malam ni sambil melayan sakit perut ...hish tak kuasa, maka dengan segala hormat nya daownpage berwajah baru.. kenape sebab yang lama tu tulisan nya kecil dan yang baru ni besar sedikit. bergitulah caranya...
before
 after
nampak mudah tukar tema wordpress, tapi sebenarnya tidak, tema yang baru ni nampak lebih ringkas berbanding sebelum ni, banyak juga yang terpaksa diubah dari tema asal. semua kerja-kerja pengubahsuaian dibuat pada
Appearance>Theme>Edit
pada editor ni lebih kepada ubah suai kod aturcara..ok bye gud nite

ELF Spree

Untuk post kali ini sis nak cerita pasal ELF spree dari strawberry girl. ape bendanya ELF tu , jenama bagi online shop yang boleh dikatakan ramai juga pengikut nya. ELF bermaksud Eye Lip Face yang merupakan jenama bagi makeup/cosmetic



pada tahun lepas sis ade join spree ni .. dari segi harga sis rasa berpatutan la, so far dari segi delivery pulak kena tunggu dalam  2 bulan lebih, so kalau nak guna cepat memang tak boleh diharapla.. tapi bagi yg tak kisah boleh terus kan oder.
untuk tahun ini sis ade oder beberapa barang dan dah receive pun..
moisturizing lip tint

liquid lipstic
lip gloss
untuk ketiga-tiga item di atas bernilai rm27 berserta wang pos..bagi sesiapa yang berminat boleh la mencuba cosmetic ni. jika anda biasa membeli belah secara on line banyak sungguh spree yang terdapat di internet, anda boleh melawat di lowyat noticeboard untuk melihat ape yang sedang ditawarkan oleh peniaga-peniaga disitu...