Thursday, December 22, 2011

lagi beli tudung

ok asik citer pasal kamera kali ni nak citer pasal tudung, pada blog sebelum ni ade display banyak tudung yang dibeli dari sugarscarf

terima kasih kepada team sugarscarf , tudung rekaan yang bermacam corak....dan selendang untuk muslimah.

Wednesday, December 21, 2011

Selamat datang Encik Awan....

selamat datang kepada encik awan yang telah pun sampai hari ini. pagi-pagi lagi dah dapat panggilan dari pos malaysia. terima kasih juga kepada my big daddy haha yang sudi ambilkan si kumosan ni kat pejabat pos.
kumosan didatangkan bersama filem kodak color plus 200. walau bagaimanapun siskuro bercadang tak nak la pakai filem tersebut. memandangkan keadaan persekitaran sekarang yang sentiasa cloudy dan musim hujan. maka siskuro bercadang nak cari filem yang iso nya 400.
 

maka dengan itu bermulalah aktiviti berlomo hehe...adios

Tuesday, December 20, 2011

Quran digital


Bulan lepas, semasa waktu bekerja di ofis tlah di datangi sekumpulan sales man ha... sebenarnya ofis tu kerap dikunjungi oleh sales man yang menjual macam-macam, buku-buku,ubat-ubatan, periuk belanga, makanan tambahan, kosmatik tak kurang juga agen kad kredit. namun kali ini mereka menjual quran digital, saiz sebesar walkman, ia mudah dibawa kemana-mana, ade azan ,tafsir dan hadis. sesuai juga untuk haluan telinga dan kalau nak cari ketenangan...

Monday, December 19, 2011

Baby love me love me love ya.......

Setelah beberapa hari menjadi beberapa minggu, rasanya memang dah terpaut hati dengan kumosan (encik awan)...akhirnya sis kuro mengambil keputusan untuk melamar kumosan..hehe



Wednesday, December 14, 2011

Minat tapi...


sebenarnya memang dah lama minat dgan photography ni tapi dalam hati ni macam-macam. pada awal tahun lepas, bila dapat je beli sebiji DSLR ingat kan nak tekun study guna dslr. kenapa lah bila barang takde bersungguh-sungguh usahakan sampai dapat beli, tapi bila dah dapat lain pula jadinya. kamera tu terperap, tak de masa langsung. mungkin disebabkan takde panduan jadi masih tak dapat menggunakannya secara optimum. ibarat terkapai-kapai sendiri...banyak yang nak kena explore sendiri walaupun sumber banyak kat internet masih tak mencukupi emm sedey la. bila lah agaknya dapat masa dan tempat yang sesuai untuk belajar.

mencuba sedaya upaya untuk meneruskan minat.
kali ini siskuro ambik keputusan untuk stop buat seketika. bukan stop ape, stop dari gunakan DSLR. siskuro bercadang nak back to basic.
 
Nak start dari basic, gunakan kamera lama yang hampir 9 tahun di tinggalkan. kamera  point of shoot automatic dgan menggunakan film 35mm. haha jg tak percaya. camera tu masih elok lagi. kalau tak silap kali terakhir digunakan masa kursus induksi 2004. selepas itu sibuk orang mula pakai digital camera, jadi kamera analog di lupakan, simpan masuk bekas duduk dalam kotak. bertahun dah. pada 2005 kuro telah pun memebeli kamera digital. macam tu lah, walaupun dapat beli kamera, mula-mula saja excited tapi lepas tu tak sempat nak explore, kamera tu terus adik yang pakai...emm kamera canon A510 powershoot tu masih ade kini dipinjam oleh seorang kawan pulak sebab kamera dia rosak...emm


Beberapa Minggu lepas kuro ade surfing kat internet mengenai Lomograpy, walaupun more to plastic camera , toy kamera dan vantage camera for me it has their own value.. ada nilai seninya tersendiri...so ingat nak layan kamera analog semula..sambil study bab filem. bermacam-macam jenis filem boleh di sesuaikan dengan kamera lomo.
permulaan yang baru...

Monday, December 12, 2011

Ultra Wide And Slim

yang ini atau yang ini

 
Bila dok study pasal lomography ni tiba-tiba.. 8O..hati terpaut nak mencuba kemera ni Ultra Wide & Slim. yang menjadi pilihan ku ialah kumosan atau usagi....kamera ni merupakan kamera yang agak simple berbanding kamera lomo yang lain.
Tentang ultra slim & wide
  • merupakan kamera point of shoot
  • menggunakan filem 35mm
  • apature tetap f/11
  • fokus tetap wide angel 22mm
  • shutter speed tetap pada 1/125 s
  • filem yang dicadangkan mempunyai iso 400
  • kamera asal ialah vivitar ultra wide & slim

  • diberi nafas baru sebagai ultra wide slim (UWS)oleh  Superheadz
  • terdapat dalam pelbagai warna dan nama seperti slim black slim devil, slim white slim angle, slim blue ribbon, pink dress, slim yellow peace, kumosan, oliveson,usagi, kumagin,tomodachi..
ish berkenan betul bila ye nak beli ni...check it out...

Sunday, December 11, 2011

Lomography


Entah kenape la tiba-tiba ada hati nak berlomo. huhu berlomo?...ha lomography. Gambar yang dihasilkan dgn menggunakan kamera plastik lebeh kurang gitu la. ade juga dari kamera-kemera lama yang di refurbish...melihat kan hasil-hasil gambar dari kamera lomo ni agak menarik...
rasanya nak try satu persatu.....hehe boleh tak??

Saturday, December 10, 2011

Wish....

Ha..ha tak tau la kenapa berharap sangat dapat barang ni..apa dia ? J1...Nikon J1, diketogerikan sebagai interchangeable lens camera

Saiz nya lebih kecil dari DSLR, lens boleh tukar kepada beberapa lens yang lain, nampak macm simple dan smart je.. this is my wish ... for end of this year..

My Saga

New Proton Saga yang dilancarkan pada tahun 2008 telah pun menarik perhatian ku untuk memperolehi nya. kini telah empat tahun bersamanya dari mula memandu saga sampai lah sekarang kereta ni dah pun mencapai kilometer....bole tgk gambar

71717km ha lebih kurang gitu... thanks to saga yang hampir setiap hari berjasa membawa ku pergi bekerja dan kemana jua...

Asyura

pada malam 10 Muharram yang lepas seperti biasa dia adakan sambutan hari asyura. Dikatakan pada pada hari asyura  banyak terjadinya perkara bersejarah di kalangan nabi- nabi.selain itu juga berlakunya perkara-perkara besardalam islam pada hari ter sebut:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
dikatakan juga perkara-perkara sunat pada hari asyura :
  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  3. Memuliakan fakir miskin
  4. Menahan marah
  5. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak
  11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa
credit to wikipedia
oleh itu pada sambutan hari tersebut diadakan sambutan di masjid-masjid dengan hidangan bubur asyura sempena memperingati peristiwa diselamatkan nabi nuh dan pengikutnya dari banjir besar..

bubur asyura terdiri dari bijirin-bijirin seperti beras dan kekacang.

Monday, December 5, 2011

Hidup mesti diteruskan....

Hello there...
Seperti yang telah di maklumkan pada post yang lepas...Kini blog berwajah baru...nape? haa sebab blog yang lepas tu problem tak tahu la kenapa..tiba-tiba gambar dan background tak kuar hish! itu petanda nak suruh terminate la gamaknya.
walaubagaimanapun the terminate is a new beginning...buat masa DaOwnPage (DOP) masih dalam proses kemaskini, apa-apa yang patut, plugin, theme , widget dan sebagainya. so stay tune.....
hehe yeye je bukan ade sesapepun yang sampai kesini huhu...

Saturday, November 19, 2011

hah! hangat-hangat tahi ayam....

great day all dear ... tu la bila kawan mintak apdate blog time tu la blackout. sampai la ni tak update-update. tuhari berkobar-kobar ni dah malas lah pulak ape nak jadi le ni....so far akan cuba mengikis penyakit M yang dah hinggap kat aku ni eee...

Sunday, October 16, 2011

Memasukkan latar belakang part 2

Pada sambungan yang lepas ada menyatakan untuk menggunakan ruang blogspot untuk meletakkan gambar sebagai background, Alhamdulillah nampak nya berhasil. anda ingin tahu bagaimana saya lakukan?
  • pada post yang lepas saya ada upload gambar background.
  • kemudian klik pada gambar dan hanya gambar dipaparkan sahaja
  • selepas itu right klik pada gambar pilih view image info pada pop up menu
  • Pada page info copy location gambar tersebut, dan paste pada
  • kod HTML berikut:
background-image:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8rD930IoweMMU-u6Rx5vzGG3OO7EEHXW_dW1a_Jv2X4CJSwVZfzh2XU7Ez75ipbogGN-AwluiT6O29TCKlhdsYuYIjwMzk_lhC1jaBBosEUN5lNnjvTiDKwQP4pFZv4JzEcL0vUaoWcM/s1600/4963000.jpg);
background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;


simpan dan cuba paparkan blog anda. hasil nya seperti yang saya harapkan gambar yang asal tidak berubah pada saiznya.
 

Memasukkan latar belakang part1

Sudah dua hari saya cuba memasukkan gambar bagi latar belakang tanpa perlu repeat pada code berikut,


background-image:url(http://i1177.photobucket.com/albums/x357/flowlyblog/4963000-1.jpg);
background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;

Apa yang terjadi ialah, latar belakang kelihatan kecil, di mana terdapat ruang kosong.sungguh tidak friendly menggunakan photobucket,mungkin sebab ia percuma maka saiz gambar dihad kan. Maka terpaksalah fungsi repeatdigunakan .

Saya juga mencuba untuk menggunakan flikr untuk menyimpan gambar nampaknya ia juga menghadkan saiz gambar yang disimpan.


Saya akan cuba menggunakan ruang blogspot sendiri untuk menyimpan gambar...

Friday, October 14, 2011

Template VS HTML Editor

Kali ini nak review pulak pasal frontpage bagi blogspot. Berikut adalah teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membuat muka depan atau atau homepage blogspot kelihatan menarik:
  1.  Menggunakan Template yang telah disediakan oleh blogspot.
  2. Download template dari laman web percuma atau beli dari pereka laman web.
  3. Menggunakan background, header, line dengan meng edit sendiri pada dashbord yang menyediakan mekanisma untuk mengubah rupa bentuk blog anda
  4. Menggunakann kod HTML dan script-script bagi laman web

Bagi pilihan pertama mudah saja anda hanya perlu pilih.
Bagi pilihan kedua anda perlu mencari mana-mana web yang ada menyediakan template sama ada secara per cuma atau anda perlu memberi dari designer.
Bagi Pilihan ketiga anda hanya perlu ubah objek-objek pada front blog dengan menggunakan layout atau editor layout yang disediakan.
Pilihan keempat pula bagi mereka yang advance yang mahir menggunakan kod HtML dan Script seperti java script. DHTML, CSS dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan anda, semua template atau laman blog itu sendiri merupakan gabungan dari kod-kod Html dan Script-script yang membenarkan ia di upload dan dilayari di internet. 


Anda pilih yang mana?





 



Thursday, October 13, 2011

Hari kedua...

Ini merupakan Hari Kedua Untuk saya meneruskan tutorial pada blogspot nampaknya banyak perkara yang saya kira agak ketinggalan. maklumlah lama jugak tinggalkan blog spot ni. apa pun Perjalanan mesti di teruskan. Jalan mesti kedepan bukan kebelakang....


Wednesday, October 12, 2011

Come Back

Setelah sekian lama meninggalkan blog ni maka saya kembali semula untuk upgrade knowledge, memandangkan blogspot telah pun berubah rupa. bila di minta oleh kenalan untuk makeup balik blogspot maka ternganga lah huhu.

okay apa pun pengajian akan di mulakan .......good luck