Friday, October 5, 2018

Kulit muka anda bermasalah ????

Hai dan salam sejahtera untuk post kali ini, sis nak cerita sikit masalah kulit muka yang dihadapi, kulit muka berjerawat, berminyak, scar..... tension, stres... ok di pendekkan cerita, dah try mcm2. termasuklah makan macam2 suplimnt vitamin bgai.. untuk penjagaan luaran sis menggunakan.. GOLDEN HERB SOUP by SENDAYU TINGGI
Alhamdulillah memang bagus sabun ni untuk kulit yang mcm sis ni, jerawat, minyak, allergic dan resdung.
sabun ini mengndungi madu dan ganoderma lucidum. Bertindak mengecutkan jerawat dan mengurangkan sebum berlebihan. mengandungi anti bakteria dan anti septik yg baik untuk kulit berminyak dan berjerawat. Membantu kelembapan kulit, melambat kan penuaan.

My bangle life...

Lama dah tak pos ape2 kat sini....
Saja nak pos gambar anak-anak bangle yang dah membesar
Si rosie dan babynya

Ni si zizi anak rosie yang dah besar, dia kalau tido suka telentang
Ni jack, dady bangle

Ni gambar masa zizi kecil, jack tolong mak rosie tidokan zizi...

Wednesday, October 26, 2016

Art of the day

post kali ini...

start dari semalam.. akhirnya dapat juga siapkan, rasanya mcm boleh touch up lagi ni.. emm takpe lah nak try lukis gambarlain plak.

Tuesday, October 25, 2016

Tuhan Tolong lah Aku

Setiap hari mengeluh sendiri, setiap masa berharap, tapi bergitulah juga, masa berlalu ape yang di cari tak juga ketemu....apa yang datang tak diduga. Sememangnya dalam hidup ini tak terhindar dari masalah, bila bercakap semua akan cakap, semua orang ade masalah.. ya tapi bila masalah yang dtg tak abis-abis, tak sudah-sudah, sampai dah tak sanggup nak menghadap. Rasa tidak adil... perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan tapi tak selesai hanya kerana ade pihak yang ambil mudah, buat tak tau.. rasa bukan masalah dia...emmm Oh tuhan adilkah jika bergini?.

entah kenapa sejak masuk tahun baru ni... rasa ade semacam yang memaksa diri ini perlu lebih struggle untuk teruskan hidup. Perlu lebih istikomah atas ape yang berlaku. tiba-tiba, minat impian yang sudah sekian lama ditinggalkan kini datang semula menghantui...adekah selama ini berada di zon selesa??? tak juga. selalu mengeluh terpaksa hadapi keadaan yang sukar dan rumit.

Kata orang jangan tak bersyukur... atas ape yang dah sdia ade, syukur tetap syukur, tapi cabaran tetap ade setelah sekian lama berusaha tapi hasilnya masih tak seberapa. hasil pada usaha yang tak mendatangkan apa-ape.

"Ape pun aku berharap akan usaha ku di kali ini akan membuahkan hasil, membuka ruang kepada ku untuk memperolehi yang lebih baik, terbaik, sempurna, ku pohon diampunkan kesilapan ku yang lalu, mungkin juga yang akan datang, aku mohon restumu tuhan permudahkan lah segala urusan ku, amin ya rabbal alamin "

Monday, October 24, 2016

Fly..

keras tangan untuk hari ini. Cubaan melukis kapal terbang boeing 777.
Awal tahun tuhari terbang ke korea selatan, akhir tahun ni kita akan ke langkawi, insyaalla.. Rehat-rihat kan minda cari ketenangan